Yang Berhormat Tuan Ir. Izham Bin Hashim ialah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN N21 Pandan Indah (kawasan negeri). Beliau merupakan penyandang kerusi itu sejak PRU-14 pada tahun 2018. Di peringkat parti, beliau adalah Pengerusi AMANAH Selangor dan Bendahari Kehormat Kebangsaan. Beliau juga dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor (EXCO) di bawah kepimpinan Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari.

Yang Berhormat Ir.

Izham Hashim

ADN, BEM
EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2018–2023
Menteri Besar Amirudin Shari
Didahului oleh Mohd Zaidy Abdul Talib
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Pandan Indah
Memegang jawatan
2018
Didahului oleh Iskandar Abdul Samad
Majoriti10,591 (2023)
16,386 (2018)
Bendahari Kehormat AMANAH
Dalam jawatan
2019–2022
PresidenMohamad Sabu
Pengerusi AMANAH Selangor
Memegang jawatan
2015
PresidenMohamad Sabu
Timbalan PengerusiAzli Yusof (2019-2023)
Saari Sungib (2015-2019)
Butiran peribadi
Parti politik (2015-kini)
(-2015)
Alma materUniversity of Newcastle Upon Tyne
Universiti Malaya
PekerjaanJurutera Bertauliah, Ahli Politik

Pendidikan sunting

Beliau memperoleh Bachelor Degree (Hons) Civil Engineering daripada University New Castle Upon Tyne, United Kingdom.

Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Malaya.

Kerjaya sunting

Ir Izham Hashim merupakan ADUN N21 Pandan Indah. Beliau bertanding di DUN itu dan menewaskan penyandang DUN dari PAS yang menyandang selama 2 penggal, Iskandar Abdul Samad dan seorang calon BN-UMNO. Beliau dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani kerajaan negeri Selangor. Beliau adalah antara ADUN AMANAH yang menjadi exco. Yang lain adalah Dr Siti Mariah Mahmud dari DUN Seri Serdang.

Keputusan Pilihan Raya sunting

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Pandan Indah Izham Hashim PH (AMANAH) 27,878 Fazil Mohamad Dali PN (BERSATU) 17,287 10,591
Lisa Redzuan MUDA 1,166
Sivaneswaran Ramasundram BEBAS (PEN) 171


Dewan Negeri Selangor[1][2]
Tahun Kerusi Undi % Opponent(s) Undi % Jumlah undi Majoriti % unjuran
2018 N21 Pandan Indah, P100 Pandan Izham Hashim (AMANAH) 24,914 60.83% Mohd Haniff Koslan (UMNO) 8,528 20.82% 41,331 16,386 84.20%
Iskandar Abdul Samad (PAS) 7,517 18.35%

Rujukan sunting

  1. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.