Jack Roosevelt Robinson (31 Januari 1919 – 24 Oktober 1972) merupakan pemain besbol Amerika yang menjadi Amerika Afrika pertama beraksi di Major League Baseball (MLB) pada era moden. Robinson telah memecahkan garisan warna besbol apabila beliau mula beraksi sebagai first baseman untuk pasukan Brooklyn Dodgers pada 15 April 1947. Pembelian Dodgers terhadap Robinson telah menamatkan pengasingan kaum dalam besbol yang memperlihatkan pemain berkulit hitam terpaksa beraksi di liga besbol Negro sejak 1880-an. Robinson telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan pada tahun 1962.

Jackie Robinson
Robinson bersama Brooklyn Dodgers pada 1954
Second baseman
Dilahirkan: (1919-01-31)31 Januari 1919
Cairo, Georgia, A.S.
Meninggal dunia: Oktober 24, 1972(1972-10-24) (umur 53)
Stamford, Connecticut, A.S.
Pukulan: Right Balingan: Right
Debut profesional
NgL: 1945, untuk Kansas City Monarchs
MLB: 15 April, 1947, untuk Brooklyn Dodgers
Penampilan MLB terakhir
10 Oktober, 1956, untuk Brooklyn Dodgers
Statistik MLB
Purata pukulan.313
Home run141
RBI761
Pasukan
Negro League
Major League Baseball
Kerjaya cemerlang dan anugerah
Ahli National
Baseball Hall of Fame
Pelantikan1962
Undian77.5% (undian pertama)
Kerjaya ketenteraan
KesetiaanAmerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Darat A.S.
Tahun perkhidmatan1942–1944
PangkatLeftenan Muda
UnitBatalion Tank ke-761

Semasa karier MLB beliau selama 10 tahun, Robinson telah memenangi Anugerah Rookie Terbaik pada tahun 1947, disenaraikan sebagai All-Star buat enam musim berturut-turut dari tahun 1949 sehingga 1954 dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik National League (NL) pada tahun 1949 sekali gus menjadi pemain berkulit hitam pertama meraih anugerah tersebut. Robinson juga tampil di enam kejuaraan Siri Dunia dan menyumbang kepada kejayaan Dodgers pada edisi 1955.

Pada tahun 1997, Major League Baseball tidak menggunakan No. 42 seragam beliau yang berkuatkuasa kepada semua pasukan MLB. Beliau menjadi atlet sukan pertama yang menerima penghargaan sedemikian. MLB juga memperkenalkan tradisi tahunan baru, "Hari Jackie Robinson" buat kali pertama pada 15 April 2004 yang memerlukan setiap pemain dalam setiap pasukan menyarung jersi No. 42.

Karakter Robinson sebagai tidak menggunakan kekerasan dan bakatnya yang mencabar tradisi pengasingan telah membuka mata terhadap banyak aspek dalam kehidupan Amerika. Beliau mempengaruhi budaya dan menyumbang secara signifikan kepada gerakan hak asasi. Robinson turut menjadi analisis televisyen pertama sebagai orang berkulit hitam di MLB dan menjadi naib presiden berkulit hitam pertama dalam syarikat utama Amerika, Chock full o'Nuts. Pada era 1960-an, beliau membantu menubuhkan Freedom National Bank, iaitu sebuah institusi kewangan milik Amerika-Afrika yang berpangkalan di Harlem, New York. Selepas beliau meninggal dunia pada 1972, Robinson telah dianugerahkan setelah kematian Pingat Emas Kongres dan Pingat Kebebasan Presiden sebagai pengiktirafan jasa dan pencapaian beliau di atas dan di luar padang.

Pautan luar sunting

Templat:Baseballstats, or Retrosheet, or Seamheads