Jalan Negeri Kedah K642

jalan raya utama di Kedah, Malaysia

Jalan Kampung Tepi Sungai-Pulau Sayak (Laluan Negeri Kedah K642) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Jalan Negeri Kedah K642
Jalan Kampung Tepi Sungai-Pulau Sayak
K642 Road 1.jpg
Jata laluan dipasang di Kampung Kuala Sungai Muda.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Muda
Panjang9.50 km[1] (5.90 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Pulau Sayak
Persimpangan utama Jalan Bukit Kechil-Pulau Sayak
Jalan Sungai Yu-Bukit Kechil
Jalan Kona Deli-Sungai Meriam
Jalan Bukit Meriam-Kampung Paya
Jalan Kota Kuala Muda-Kuala Sungai Muda
Hujung selatanKampung Tepi Sungai
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Sungai Yu
Kampung Sungai Meriam
Kampung Paya
Kampung Hujong Matang
Kampung Padang Salim
Kampung Kuala Sungai Muda
Kampung Kepala Jalan
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Kampung Tepi Sungai-Pulau Sayak atau juga dikenali sebagai Kuala Muda-Pulau Sayak diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[4] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 9.5 kilometer (5.9 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kampung Tepi Sungai-Pulau Sayak adalah jalan raya tunggal.[5]

Permulaan jajaran Jalan Kampung Tepi Sungai-Pulau Sayak berada di Kampung Tepi Sungai (juga dikenali dengan nama lain iaitu, Kampung Kuala Muda dan Kampung Hujung Tepi Sungai) dan akan menuju ke utara ke Kampung Kuala Sungai Muda. Pengguna jalan raya akan bertemu dengan Jalan Kota Kuala Muda-Kuala Sungai Muda (Laluan Negeri K670) di kilometer 0.6 berhampiran dengan Dataran Tsunami dan Tugu Sampan Tsunami Kuala Sungai Muda.[5][6] Jajaran diteruskan ke utara melalui kawasan Kampung Kepala Jalan, Kampung Padang Salim, Kampung Hujong Matang dan Kampung Paya. Kira-kira di kilometer 4.5, ada terdapat simpang menuju ke Jalan Bukit Meriam-Kampung Paya (Laluan Negeri K641). Di Kampung Sungai Meriam tepatnya di kilometer 5.2, akan terdapat simpang tiga ke Jalan Kona Deli-Sungai Meriam (Laluan Negeri K640). Sebelum di simpang terakhir, akan terdapat simpang ke Jalan Bukit Kechik-Sungai Yu (Laluan Negeri K639). Sebelum masuk ke kawasan perkampungan Kampung Pulau Sayak, akan terdapat simpang tiga ke Jalan Bukit Kechik-Pulau Sayak (Laluan Negeri K638), jalan utama ke Pantai Merdeka.[5][6]

Jajaran laluan K642 atau Jalan Kampung Tepi Sungai-Pulau Sayak akan berakhir dengan jalan mati.[1]

Senarai simpang sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.

Daerah km[5] Lokasi/nama simpang Destinasi Catatan
Daerah Kuala Muda 0 Kampung Tepi Sungai Pasar Bisik Kuala Muda  
0.6 Kampung Kuala Sungai Muda   Kota Kuala Muda, Pulau Pinang Persimpangan  
Kampung Kepala Jalan
Kampung Padang Salim
Kampung Hujong Matang
Kampung Paya
4.5 Jalan Bukit Meriam-Kampung Paya   Kampung Bukit Meriam Persimpangan  
Kampung Sungai Meriam
5.2 Jalan Kona Deli-Sungai Meriam   Kampung Permatang Tengah Persimpangan  
Kampung Sungai Yu
6.2 Jalan Bukit Kechik-Sungai Yu   Kampung Bukit Kechik Persimpangan  
Kampung Sungai Yu
8.1 Jalan Bukit Kechik-Pulau Sayak   Pantai Merdeka Persimpangan  
9 Kampung Pulau Sayak  

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (24 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik : Part 5 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ @JKRMalaysia (2021-02-22). "Kenali Jalan Raya Anda — Jalan Raya Negeri" (Twit) – melalui Twitter.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K642". Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar sunting