Jambatan Kuala Ibai

Jambatan Kuala Ibai merupakan sebuah jambatan yang terletak di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.

Jambatan Kuala Ibai
جمبتن كوالا اباي
MenyeberangiSungai Ibai
Nama rasmiJambatan Tengku Ampuan Bariah
Nama lainJambatan Sungai Ibai
Ciri-ciri
Reka bentukPrestressed Box Girder Curved Vertically
BahanKonkrit
Pembinaan palungKeluli
Panjang keseluruhan400 meter
Lebar100 meter
Tinggi6 meter dari aras air
Bilangan lorong4
Sejarah
Mula dibina18 Oktober 1995
Siap dibina29 Mei 1998
Dirasmikan2 Mac 1999
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan baharu ini pernah dijangka akan menjadi mercu tanda bandar Kuala Terengganu.[1]

Sejarah sunting

Jambatan lama Kuala Ibai tidak dapat menampung pertambahan bilangan kenderaan berikutan saiznya yang sempit dan hanya mempunyai 2 lorong. Jambatan tersebut mempunyai tiang konkrit yang rapat dan ketinggian yang terhad dan seterusnya mengganggu aliran air dan bot-bot yang melalui Sungai Ibai.[1]

Jambatan baharu mula dibina pada 18 Oktober 1995 dan siap sepenuhnya pada 29 Mei 1998. Sepanjang pembinaan, jambatan lama masih digunakan dan kemudiannya dirobohkan selepas jambatan baharu dibuka kepada trafik.[1]

Jambatan yang dibina di bawah peruntukan RMK-6 dan RMK-7[1] itu mempunyai 4 lorong 2 hala dan laluan pejalan kaki serta ketinggian 6 meter dari aras air ke aras jambatan bagi memudahkan laluan bot di bawah jambatan.

Pemborong menggunakan kaedah 'Balanced Contilever' di mana 2 set 'formwork' direka khas berjalan serentak di kedua-dua hujung bagi mengimbangi struktur tersebut. Dengan ini, gangguan di atas air boleh dikurangkan. Konkrit dijalankan mengikut 'segment' yang dirancang. Terdapat 52 batang cerucuk pada setiap 'pier' utama dan 34 batang cerucuk pada setiap 'pier-pier' yang lain bagi menampung beban jambatan. 'Key-stone wall' digunakan sebagai penahan di kedua-dua jalan tuju bagi memberikan pandangan menarik pada jambatan tersebut.[1]

Pada 2 Mac 1999, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan Jambatan Tengku Ampuan Bariah[1] yang kini lebih dikenali dengan nama Jambatan Kuala Ibai.

Tetamu Perasmian sunting

Antara mereka yang hadir ke majlis tersebut selain DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin ialah[1]

  • DYMM Permaisuri Nur Zahirah (Permaisuri Terengganu)
  • YMM Tengku Ampuan Bariah
  • YB Dato' Baharuddin bin Ismail (Setiausaha Kerajaan Terengganu)
  • YB To' Puan Hajah Aminah Zaharah
  • YBM Tengku Putera bin Tengku Awang
  • YB Puan Halijah
  • YAB Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad (Menteri Besar Terengganu)
  • YAB Dato' To' Puan Seri Hajah Aishahtun
  • YTM Tengku Sri Bendahara Raja
  • YAM Tengku Sri Panglima Raja
  • YB To' Puan Seri Wan Hibatul Hidayah
  • YAM Tengku Sri Temenggong Raja
  • YB To' Puan Noor Intan Zurina
  • YAM Tengku Sri Raja
  • YAM Tengku Hajah Zaharah
  • YAM Seri Indera Raja, YDP Jumaah Pangkuan Negeri Merangkap Ketua Istiadat
  • YAM Tengku Zainah
  • YB Dato' Seri S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya Malaysia)

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Istiadat Perasmian Jambatan Tengku Ampuan Bariah. Aspirasi Teras Sdn Bhd. 1999.

Pautan luar sunting