James Dean (filem)

James Dean merupakan filem televisyen biografi tahun 2001 berdasarkan kehidupan pelakon Amerika Syarikat, James Dean. Filem ini diarahkan oleh Mark Rydell dan James Franco diberi kepercayaan memegang watak Dean. Ia berkenaan perjalanan Dean dari mula-mula berlakon sehinggalah menjadi pelakon kelas atasan di Hollywood sekitar tahun 1950-an. Filem ini turut dibintangi oleh Rydell, Michael Moriarty, Valentina Cervi, Enrico Colantoni, dan Amy Rydell.

James Dean
Ditulis olehIsrael Horovitz
PengarahMark Rydell
Dibintangi oleh
James Franco
Michael Moriarty
Valentina Cervi
Enrico Colantoni
Amy Rydell
Mark Rydell
Penggubah lagu tema
John Frizzell
Negara asalUnited States
Penerbitan
PenerbitGeorge W. Perkins
Penerbit eksekutif:
Marvin Worth
Bill Gerber
Mark Rydell
PenyuntingAntony Gibbs
SinematografiRobbie Greenberg
Tempoh siaran120 minit
Penyiaran
Saluran asalTNT
Siaran asal
  • 4 Ogos 2001 (2001-08-04)
Laman sesawang

Cadangan pembikinan filem biografi James Dean telah bermula pada awal 1990-an di Warner Bros. lagi. Pada mulanya, Michael Mann telah ditawarkan untuk mengarahkan filem ini dan Leonardo DiCaprio dipilih untuk menjadi pelakon utama. Des McAnuff, Dennis Hopper dan Milčo Mančevski juga turut pernah dipertimbangkan untuk mengarahkan filem ini sebelum akhirnya Rydell dipilih menjadi pengarah pada tahun 1996, namun pembikinan filem ini masih tertangguh.

Warner Bros kemudiannya membuat keputusan untuk menerbitkan James Dean sebagai filem TV untuk saluran TNT. Franco telah dipilih untuk memegang watak Dean pada Mei 2000 dan Franco telah banyak melakukan kajian untuk memegang watak ini. James Dean telah disiarkan di Amerika Syarikat pada 5 Ogos 2001 dan menerima pujian dari pengkritik.

Pada Anugerah Golden Globe ke-59, Franco telah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Sirimini atau Filem Televisyen selain tercalon untuk Anugerah Emmy dan Anugerah Screen Actor Guild (SAG).[1][2][3]

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "HFPA — Awards Search". Golden Globes. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 3, 2012. Dicapai pada Ogos 8, 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "8th Annual SAG Awards Nominee — Screen Actors Guild Awards". Screen Actors Guild Awards.
  3. ^ "2002 Emmys". CNN.

Pautan luar sunting