Jennifer Carpenter

Jennifer Leann Carpenter (lahir 7 Disember 1979) ialah pelakon wanita Amerika Syarikat yang terkenal dengan wataknya sebagai Emily Rose dalam The Exorcism of Emily Rose, sebagai Debra Morgan dalam Dexter, serta sebagai pelakon utama filem seram Quarantine.

Jennifer Carpenter
Carpenter di Showtime Golden Globes Party, The Peninsula Hotel, Beverly Hills, California, pada 11 Januari 2009
Kelahiran
Jennifer Leann Carpenter

(1979-12-07) 7 Disember 1979 (umur 44)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1998–kini
Pasangan

Kehidupan awal sunting

Carpenter dilahirkan pada 7 Disember 1979, di Louisville, Kentucky merupakan anak kepada Catherine (née Mitchell) dan Robert Carpenter.[1] Beliau menghadiri St. Raphael the Archangel kemudian di Sacred Heart Academy. Beliau dilatih di program Walden Theatre Conservatory,[2] dan kemudian di Sekolah Juilliard (Bahagian Drama Kumpulan 31: 1998–2002).[3]

Sebelum menamatkan pengajian, beliau berlakon dalam pembikinan semula teater Broadway 2002 karya Arthur Miller, The Crucible lakonan Liam Neeson dan Laura Linney.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Jennifer Carpenter: Biography". TVGuide.com. Dicapai pada December 24, 2011.
  2. ^ "Walden Theatre" Diarkibkan 2013-05-21 di Wayback Machine. Retrieved December 24, 2011.
  3. ^ "Alumni News". Juilliard School. March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2011. Dicapai pada April 8, 2012.
  4. ^ Wilson, Gemma (January 28, 2011). "What's Up, Jennifer Carpenter? The Gruesome Playground Injuries Star on Not Having a Backup Plan". Broadway.com. Dicapai pada April 8, 2012.

Pautan luar sunting