Jihad Islam Palestin

gerakan ketenteraan di palestin

Jihad Islam Palestin (disingkatkan JIP) atau Gerakan Jihad Islam di Palestin (Arab: حركة الجهاد الإسلامي في فلسطين, Harakat al-Jihād al-Islāmi fi Filastīn) ialah sebuah pertubuhan pejuang Islam Palestin yang beraliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah yang dibentuk pada 1981. JIP bersama-sama Hamas dan enam gerakan lain ialah anggota Perikatan Angkatan Palestin, yang menolak Perjanjian Oslo dan bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam Palestin yang berdaulat.[2] JIP menolak penyelesaian dua negara dan menyasarkan penentangan ketenteraan terhadap Israel.[3] JIP dan HAMAS kedua-duanya bukan anggota PLO.

Jihad Islam
حركة الجهاد الإسلامي في فلسطين
Logo Jihad Islam
Tarikh operasi1987–kini
PemimpinFathi Shaqaqi (1981–1995)
Ramadan Shalah (1995–2018)
Ziyad al-Nakhalah (2018–)
Abd Al Aziz Awda (1981–)
Kawasan utamaGenting Gaza
IdeologiKebangsaan Palestin
Pan-Islamisme
Islamisme
Anti-Zionisme
Jihad
Anti-Penjajahan
StatusDilabel sebagai pertubuhan pengganas oleh Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Israel, Jepun, New Zealand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.
Saiz8,000[1]
SekutuNegara Sekutu :
 Iran
 Syria


Sekutu bukan negara :

 Hamas
 Hizbullah
Lawan Israel
Laman sesawangsaraya.ps

JIP disenarai sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat,[4] Kesatuan Eropah,[5] United Kingdom,[6] Jepun,[7] Kanada,[8] Australia,[3] New Zealand[9][10] dan Israel.[11].

Sayap Ketenteraan sunting

Sejarah dan Latar belakang sunting

 
Ramadan Abdullah Mohammad Shallah dikehendaki oleh FBI bagi tindakan konspirasi dan dilabel sebagai pertubuhan pengganas yang dinamakan "Jihad Islam Palestin (JIP)"

Jihad Islam Palestin (JIP) secara rasminya dibentuk di Gaza pada tahun 1981 oleh dua aktivis Palestin: Fathi abd al-Aziz Shaqaqi, merupakan pakar perubatan di Rafah, dan Shaykh Abd al-Aziz Awda, merupakan pendakwah Islam dari kem pelarian Jabaliyya , sama seperti Ramadan Shalah, Bashir Moussa dan tiga tokoh pejuang Palestin yang lainnya. Bertempat di Mesir, Shaqaqi dan Awda sememangnya ahli anggota bagi Ikhwan Muslimin. Pandangan mereka terhadap kemusnahan dilakukan oleh Israel telah membuatkan mereka menubuhkan pakatan Islamic Jihad-Shaqaqi atau Jihad Islam Shaqaqi pada tahun 1979, merupakan cabang dari Jihad Islam Mesir[12] dan telah melakukan operasi dari luar Mesir. Pakatan Shaqaqi telah diusir dari Mesir pada tahun 1981 berikutan pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat dilakukan oleh Jihad Islam Mesir. Shaqaqi and Awda kembali ke Gaza dimana secara rasminya membentuk PIJ (Palestinian Islamic Jihad atau Jihad Islam Palestin), [13][14] dimana mereka meneruskan operasi.

Matlamat organisasi ini adalah menubuhkan negara islam berdaulat Islamik Palestin dengan mengikut persempadanan geografi pra-1948 Mandatory Palestine atau Palestin Bermandat. Mereka sebulat-bulatnya menolak proses rundingan politik, Pakatan organisasi ini mengakui bahawasanya matlamat mereka hanya akan dicapai menerusi tindakan ketenteraan. [15][16]

JIP memulakan operasi bersenjata dalam melawan Israel pada tahun 1984. Dalam tahun 1988, pemimpin-pemimpinnya diusir oleh Israel ke Lubnan.Ketika di Lubnan, kumpulan ini menerima latihan, sokongan dan dokongan lain daripada Hezbollah dan kumpulan Hizbullah ini didokong oleh Iran, maka bermulalah jalinan perhubungan antara organisasi tersebut. Pada tahun 1990, ibu pejabat of PIJ dipindahkan ke Syria di kota, Damascus, dimana ianya menjadi markas.[17] dengan pejabat dibuka di Beirut, Tehran, dan Khartoum.

JIP adalah dalang disebalik beberapa senarai serangan pejuang berani mati Palestin di Israel,[18] dan telah dilabelkan sebagai pengganas oleh Israel oleh kerana cara pengoperasian dan kesungguhan mereka dalam memusnahkan dan membinasakan Israel.[19] Pada tahun 1995, JIP menurut Fisk, "mungkin yang paling ganas daripada semua musuh Israel pada zaman moden."[20] Shaqaqi telah dibunuh pada tahun 1995 di Malta, dan Ramadan Shalah dilantik menjadi Setiausaha Agung organisasi ini. [perlu rujukan] Terdapat tindakan keras seterusnya terhadap ahli JIP oleh pihak Israel dan juga Pihak Berkuasa Negara Palestindi bawah Fatah dimana membawa kepada kebangkitan agak luar biasa organisasi ini.[21]

Pada 20 Februari 2003, Professor Sami Al-Arian lepasan University of South Florida yang merupakan jurutera komputer telah ditangkap selepas dituduh berkait dengan pengganas. Peguam negara Amerika Syarikat John Ashcroft mendakwanya didalam sidang media bahawasanya Al-Arian adalah orang yang mempunyai kerakyatan Amerika dan duduk di Amerika Utara yang menjadi pemimpin JIP. Pada 6 December 2006, Sami Al-Arian dijatuhi hukuman untuk 57 bulan didalam Penjara, menurut rundingan pengakuan.[22] Pada November 2006 beliau didapati bersalah bagi penghinaan awam kerana enggan memberi keterangan di hadapan Peguamketua juri dan menjalani tempoh penjara selama 21 bulan atas pertuduhan tersebut. Pada 27 Jun 2014, kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat menjatuhkan semua tuduhan terhadap Al-Arian.[23]

Jihad Islam Palestin didakwa telah menggunakan kanak-kanak bawah umur bagi kegiatan gerakan ini. Pada 29 Mac 2004, remaja berusia 15 tahun bernama Tamer Khuweir berasal dari Rafidiya, merupakan pinggir bandar kota Palestin di Nablus di Tebing Barat, telah ditangkap oleh tentera Israel dimana merancang untuk menjalankan misi bunuh diri. Abangnya mengesahkan dia telah terpengaruh dan menuntut Pihak Berkuasa Palestin untuk menyiasat kejadian berkenaan dan menangkap pihak yang terlibat.[24]

Berikutan serangan yang dianggap pengganas ke atas penduduk di Israel, Shalah dan Awda didakwa dibawah undang-undang Amerika Syarikat dan ditambah pada 2006 dalam senarai FBI Most Wanted Terrorist.[25]

Pada Februari 2012, kerajaan Hamas di Tebing Gaza mula menjauhkan diri dari JIP. Sewaktu Konflik Israel-Gaza 2012, dengan diikuti pembunuhan yang dilakukan pihak Israel keatas pemimpin Jawatankuasa Penentang Popular atau (Popular Resistance Committees) bernama Zuhir al-Qaisi, yang mendabik dada atau bangga bagi penculikan Gilad Shalit, JIP dan Jawatankuasa Penentang Rakyat (PRC) memulakan serangan keatas Israel. Hamas menghindar daripada menyertai serangan yang didalangi JIP dan Jawatankuasa Penentang Rakyat keatas Israel.[26] Lebih ratusan rakyat Palestin telah terbunuh atau tercedera dalam keganasan yang berlaku, tetapi Israel tidak menyerang mana-mana sasaran Hamas pada masa itu.[27] Gencatan senjata akhirnya dirundingkan antara Israel dan kumpulan pejuang, bukannya Hamas.

Akhbar Arab yang bertempat di LondonAsharq al-Awsat melaporkan pada Mei 2015 bahawa Iran telahpun menghentikan pendanaan JIP susulan gerakan terbabit bersifat neutral terhadap Campur tangan Arab Saudi di Yaman, menyebabkan JIP mengalami krisis kewangan yang teruk. Ekoran tekanan yang telah diberikan Iran, kerajaan Iran telah menjangkakan tindakan mereka akan membuatkan JIP mengecam campur tangan yang diketuai Arab Saudi ke atas Yaman, yang menjadi saingan Ketua Serantau Iran. Akhbar Palestin al-Quds melaporkan bahawa Iran ketika ini mendokong gambaran gerakan jihad Syiah yang baru dibentuk olehnya di Palestin yang dipanggil Gerakan Sabireen (As-Sabirin) (Bahasa Arabnya "Orang yang sabar"). Gerakan ini diketuai oleh veteran JIP iaitu Hisham Salem yang tidak lagi percaya terhadap perjuangan JIP dan lebih memilih untuk memeluk ajaran Shia dan menyertai Gerakan Sabireen. Gerakan Sabireen ini kemudiannya telah berjaya dimusnahkan oleh Hamas pada tahun 2019[28], ini kerana pengaruh Syiahnya radikal yang memberi ancaman terhadap pemerintahannya di Genting Gaza dengan memahukan perang tanpa henti dengan Israel dan tidak mahukan perdamaian, tanpa adanya perdamaian akan menyebabkan lebih banyak kematian yang akan terjadi di Palestin.[29]

Dibawah bekas kepimpinan of Ramadan Shalah, kunpulan tersebut akan menerima kira-kira $70 Juta Dollar US setiap tahun daripada the Kor Pengawal Revolusi Islam (Iran).[30]

Rujukan sunting

  1. ^ Ben Gedalyahu, Ben (7 November 2011). "Iran Backs Islamic Jihad's 8,000-Man Army in Gaza". Israel National News. Arutz Sheva. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2011. Dicapai pada 7 November 2011.
  2. ^ BBC Diarkibkan 27 Mac 2009 di Wayback Machine Who are Islamic Jihad? 9 June 2003
  3. ^ a b "Palestinian Islamic Jihad". Australian National Security. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2015. Dicapai pada 17 Disember 2014.
  4. ^ "US - Office of Counterterrorism". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2019. Dicapai pada 23 Mei 2019.
  5. ^ "List of organisations recognized as terrorist groups" (PDF). europa.eu. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2009. Dicapai pada 16 Mac 2018.
  6. ^ "Terrorism Act 2000". Schedule 2, Act No. 11  2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2012. Dicapai pada 28 April 2018.
  7. ^ "MoFA Japan" (PDF). mofa.go.jp. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 Februari 2011. Dicapai pada 16 Mac 2018.
  8. ^ Public safety Canada Diarkibkan 19 November 2006 di Wayback Machine
  9. ^ "Lists associated with Resolution 1373". New Zealand Police. 20 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2018. Dicapai pada 16 Ogos 2014.
  10. ^ STATEMENT OF CASE TO RENEW THE DESIGNATION OF PALESTINIAN ISLAMIC JIHAD (PIJ) AS A TERRORIST ENTITY Diarkibkan 19 Oktober 2014 di Wayback Machine, 2013
  11. ^ "Islamic Jihad". haaretz.com. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  12. ^ Quintan Wiktorowicz (2004). Islamic Activism: A Social Movement Theory Approach. Indiana University Press. m/s. 122. ISBN 978-0-253-21621-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2014.
  13. ^ STATEMENT OF CASE TO DESIGNATE PALESTINIAN ISLAMIC JIHAD (PIJ) AS A TERRORIST ENTITY Diarkibkan 24 September 2015 di Wayback Machine, New Zealand, October 2000
  14. ^ Marlowe, Lara (6 Februari 1995). "Interview with a Fanatic". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2015. Dicapai pada 4 Februari 2015.
  15. ^ Fletcher, Holly (10 April 2008). "Palestinian Islamic Jihad". Council on Foreign Relations. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2017. Dicapai pada 4 Februari 2015.
  16. ^ "Palestinian Islamic Jihad". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2009. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  17. ^ Taylor & Francis, Ltd., "The Damascus-Based Alliance of Palestinian Forces: A Primer" Journal of Palestine Studies (Spring 2000), pp. 60–76 (JSTOR ref.)
  18. ^ "Palestinians swear revenge for assassination". Herald Journal. Gaza City. 28 Oktober 1995. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2015. Dicapai pada 15 Disember 2012.
  19. ^ Reich, Bernard; Goldberg, David H. (2008). Historical Dictionary of Israel. Scarecrow Press. m/s. 373–375. ISBN 978-0-3133-2485-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2016. Dicapai pada 10 Mac 2011.
  20. ^ Fisk, Robert (30 Januari 1995). "The doctor who finds death a laughing matter". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2015. Dicapai pada 4 Februari 2015.
  21. ^ Shay, Shaul (2004). The Axis of Evil: Iran, Hizballah, And The Palestinian Terror. Transaction Publishers. m/s. 76–77. ISBN 141281779X. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2014. Dicapai pada 10 Mac 2011.
  22. ^ St. Petersberg Times, 23 April 2006.
  23. ^ ""Details and Statements On Federal Court Dismissing All Charges Against Sami Al-Arian," Jadaliyya, 27 June 2014". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada 30 Jun 2014.
  24. ^ "Brother slams Palestinian militants for luring teenager into suicide mission". Yahoo News. AFP. 30 Mac 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2014. Dicapai pada 5 September 2014.
  25. ^ "FBI – ABD AL AZIZ AWDA". FBI. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2014. Dicapai pada 17 Disember 2014.
  26. ^ Ilan Ben Zion (14 Mac 2012). "The eye of the Islamic Jihad storm". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2012. Dicapai pada 29 Mac 2012.
  27. ^ Marc Tracy (12 Mac 2012). "Terrorist Killing Prompts Gaza Rocket Exchange". Tablet Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2012. Dicapai pada 31 Mac 2012.
  28. ^ "Hamas quashes armed Shiite movement Sabireen in Gaza". 21 March, 2019. Check date values in: |date= (bantuan)
  29. ^ Elhanan Miller (26 Mei 2015). "Iran said to pull Islamic Jihad's funding over group's neutrality on Yemen". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2015. Dicapai pada 26 Mei 2015.
  30. ^ Eldar, Shlomi. (5 February 2019). "Islamic Jihad, the new lord of Gaza?" Al-Monitor website Diarkibkan 14 November 2019 di Wayback Machine Retrieved 14 November 2019.