Jiwa Remaja merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1975. Filem Jiwa Remaja diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Jiwa Remaja
PengarahJamil Sulong
Dibintangi
Muzik olehAhmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1975
Masa tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Jiwa Remaja mula ditayangkan pada 1975 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Hail Amir, Uji Rashid, Yusof Haslam dan ramai lagi.

Pengarah sunting

Filem Jiwa Remaja diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada 1975.

Sinopsis sunting

Hairi (Hail Amir) hidup menyara ibu dan adiknya dengan pelbagai kerja sementara. Dia sering diberhentikan kerja kerana ingkar pada arahan majikannya. Rakan baiknya, Joy berkerja sebagai seorang mekanik. Hairi jatuh cinta dengan Anita (Uji Rashid), anak orang kaya. Yusof (Yusof Haslam), abang Anita tidak menyukai Hairi yang tidak setaraf dengan Anita. Berlaku pergaduhan yang telah menyebabkan Joy terbunuh. Hairi berazam untuk membalas dendam terhadap Yusof dengan pistol yang dijumpainya. Dia menjadi buruan polis. Anita cuba menasihatinya agar menyerah diri tetapi gagal kerana Hairi keras hati. Hairi tidak mahu ditangkap oleh pihak polis kerana dia tidak mahu dipenjarakan. Akhirnya, Hairi mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam lombong selepas di kejar oleh pihak polis.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Lagu sunting

  • Lagu-lagu dalam filem ini dicipta dan digubah oleh Ahmad Nawab dan Salamiah Hassan menjadi penyanyi lagu tema filem tersebut iaitu Jiwa Remaja dan Selamat Tinggal.

Manakala lagu iringan pula Rasa Sayang Hei dinyanyikan semula oleh Hail Amir

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting