John G. Webster adalah seorang jurutera elektrik Amerika Syarikat dan merupakan perintis kepada bidang kejuruteraan bioperubatan.

Professor Webster memperolehi ijazah kedoktorannya dari University of Rochester pada 1967.

Pada tahun 1978, buku Medical Instrumentation: Application and Design telah diterbitkan dan dijadikan buku teks di serata dunia termasuklah di Malaysia di dalam bidang ini. Antara buku lain yang turut digunakan sebagai buku teks dalam bidang kejuruteraan bioperubatan hasil tulisannya adalah Bioinstrumentation.

Sesuai dengan jasanya, beliau sekarang menjawat jawatan Professor Emeritus di Kolej Kejuruteraan, University of Wisconsin-Madison, A.S.