Joseph Anton von Maffei

Joseph Anton von Maffei (4 September 1790 – 1 September 1870) ialah seorang industrialis Jerman. Bersama Joseph von Baader (1763–1835) dan Baron Theodor Freiherr von Cramer-Klett (1817–1884), Maffei merupakan pelopor perkeretaapian terpenting di Bavaria.

Joseph Anton von Maffei
potret Joseph Anton von Maffei
Kelahiran(1790-09-04)4 September 1790
Meninggal dunia1 September 1870(1870-09-01) (umur 79)
Munich
Terkenal keranaTeknik perkeretaapian

Awal sunting

Joseph Anton Maffei dilahirkan di Munich, sebagai anak kepda seorang pedagang Verona. Palazzo Maffei masih ada hingga saat ini dengan nama Piazza delle Erbe. Bapanya datang ke Munich untuk menjalankan perniagaan tembakau, yang kemudian diteruskan oleh Joseph Anton Maffei. Pada tahun 1835, Maffei merupakan salah seorang pemegang saham pertama Bayerische Hypotheken- und Wechselbank.

Pelopor perkeretaapian sunting

 
Lokomotif ke-500 buatan J. A. Maffei

Pada tahun 1836, Maffei menubuhkan kilang lokomotif dengan nama J. A. Maffei di English Garden di Munich. Beliau mahu Bavaria bersaing dalam bidang mesin industri. Kilang ini kemudian terus berkembang. Maffei, bersama beberapa syarikat lain, juga memenangi kontrak pembangunan laluan kereta api dari Munich ke Augsburg dan menyokong Johann Ulrich Himbsel dalam membangun laluan rel dari Munich ke Starnberg. Pada tahun 1864, Maffei menyelesaikan pembuatan lokomotif ke-500.

Pencapaian lain sunting

Pada tahun 1851, Maffei membuat kapal wap pertamanya, Maximilian, untuk dikendalikan di Danau Starnberg. Sehingga 1926, Maffei berjaya menghasilkan 44 kapal wap.

Maffei juga merupakan ahli dewan bandar (Magistratsrat) di Munich dan menyibukkan dirnya salah satunya dalam pembangunan Bayerischer Hof.

Warisan Maffei sunting

Joseph Anton Ritter von Maffei meninggal pada 1 September 1870. Beliau disemadikan di Alter Südfriedhof di Munich.

J. A. Maffei wujud selama 60 tahun, sehingga muflis pada tahun 1930 dan bergabung dengan Krauss untuk membentuk Krauss-Maffei.

Kwtika ini, Villa Maffei di Feldafing (di Danau Starnberg) menjadi muzium dan tempat pameran.

Asal usul Keluarga Maffei sunting

Nama belakang von Maffei atau Maffei merupakan nama bapa yang diturunkan dari nama peribadi Matthäus (Jerman). Pada zaman dahulu, keluarga Maffei bermaustatin di Verona dari Jerman.[perlu rujukan]

Bacaan lanjut sunting

  • Auer, Alois (1988), Krauss-Maffei: Lebenslauf einer Münchner Fabrik und ihrer Belegschaft (dalam bahasa Jerman), Kösching: 3K-Verlag, ISBN 3-924940-19-3.