Mohamed Jufrie bin Mahmood (lahir 4 Februari 1950) ialah seorang ahli politik Singapura. Beliau merupakan salah seorang anggota parti pembangkang yang terkenal pada tahun 1980an dan 1990an apabila beliau bertanding sebagai calon Parti Demokratik Singapura (SDP) dan Parti Pekerja Singapura (WP).[1] Jufrie berkhidmat sebagai pengerusi parti SDP dari 2011 hingga 2013.

Jufrie Mahmood
Pengerusi Parti Demokratik Singapura
Dalam jawatan
2011–2013
Didahului olehGandhi Ambalam
Digantikan olehJeffrey George
Butiran peribadi
Lahir (1950-02-04) 4 Februari 1950 (umur 74)
Singapura, Empayar British
Parti politikParti Demokratik Singapura
ProfesionAhli politik

Kerjaya politik sunting

Semasa pilihan raya umum 1984, Jufrie bertanding sebagai calon Parti Pekerja di kawasan undi Kembangan namun kecundang di tangan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Yatiman Yusof. Jufri mendapat sebanyak 8,210 undi (44.3%) berbanding 10,326 (55.7%) yang diraih oleh Yatiman.

Semasa pilihan raya umum 1988, Jufrie bertanding di bawah parti SDP di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied bersama Ashleigh Seow dan Neo Choon Aik. Pasukannya dikalahkan oleh PAP dan mendapat 26,375 undi (43.7%).

Semasa pilihan raya umum 1991, Jufri bertanding sebagai calon Parti Pekerja di Eunos GRC. Jufrie menjadi perhatian orang ramai apabila dituduh oleh perdanan menteri pada waktu itu, Goh Chok Tong, sebagai seorang cauvinis Melayu disebabkan pandangannya tentang peranan masyarakat Melayu di Singapura dan penggunaan ungkapan 'Insya Allah' dalam ucapan kempennya. Goh mendesak orang ramai supaya tidak mengundi Jufrie bagi mengekalkan keharmonian kaum di negara itu. Jufri membidas tuduhan Goh dan mengatakan beliau bukan seorang pelampau. Jufrie hanya ingin mengutarakan beberapa isu tentang masyarakat Melayu yang beliau rasa pemerintah perlu tangani dengan baik. Jufrie, Lee Siew Choh, Neo Choon Aik dan Wee Han Kim kalah dengan margin yang kecil (47.6%) dalam pilihan raya ini.

Semasa pilihan raya umum 1997, Jufri menjadi calon SDP di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar. Beliau, Gandhi Ambalam dan Low Yong Nguan tewas di tangan PAP dengan mendapat 21,537 undi (32.4%).

Pada tahun 2008, Jufrie dan beberapa anggota SDP yang lain telah didakwa di mahkamah atas tuduhan perhimpunan politik yang menyalahi undang-undang di jalan masuk bangunan Parlimen. Mereka didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda.[2]

Jufrie dilantik sebagai pengerusi SDP pada 2011 dan berkhidmat hingga 2013.

Kehidupan peribadi sunting

Jufrie mempunyai tiga anak, seorang perempuan dan dua lelaki.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Singapore Election Candidates (M) Diarkibkan 2011-04-08 di Wayback Machine, singapore-elections.com, dipetik 11 April 2011.
  2. ^ Judge dismisses appeals by SDP members and supporters Diarkibkan 2011-02-25 di Wayback Machine, Channel News Asia, 23 Februari 2011.
  3. ^ "The Singapore that we aspire to build - Perspective - Perspective - Welcome to the Singapore Democrats". yoursdp.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-28. Dicapai pada 2018-05-28.