K. Asif (14 Jun 1922 – 9 Mac 1971) merupakan seorang pengarah filem, penerbit filem dan penulis skrip yang terkenal dengan kerjanya dalam filem epik Hindi, Mughal-e-Azam (1960).

K. Asif

Kehidupan awal sunting

Beliau diberikan nama Asif Karim (' آصف کریم) oleh ibubapanya Dr. Fazal Karim dan Bibi Ghulam Fatima apabila beliau dilahirkan di Etawah, Uttar Pradesh, India. Dia merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik. Kakaknya yang sulung ialah Sikander Begum, isteri kepada pengarah, penerbit dan pelakon serba boleh, Nazir Ahmed Khan; manakala abangnya, Masood Karim, merupakan presiden Muslim pertama Kelab Sindh. Asif telah pergi kepada abang iparnya, Nazir Ahmed Khan di Bombay dan kemudiannya mengambil nama K. Asif. Dia menjadi pengarah yang berjaya kerana hasratnya untuk kesempurnaan dalam merealisasikan imaginasinya menjadi sebuah bentuk seni dan melahirkan Mughal-e-Azam, filem legenda di dalam industri filem India. Beliau meninggal dunia pada umur 48 tahun dan ialah seorang tukang jahit sebelum memasuki industri perfileman.

Kerjaya sunting

Phool (1945), merupakan kemunculan pertamanya sebagai pengarah. Filem ini sangat berjaya di pasaran disebabkan oleh pemilihan pelakon-pelakon terkenal pada masa itu yang dapat membawa watak-watak mereka dengan baik seperti Prithviraj Kapoor, Durga Khote dan Suraiya.

Pada tahun 1944, Asif merancang untuk membuat filem yang bertajuk Mughal-e-Azam, berdasarkan pada kehidupan seorang penari istana Maharaja Mughal Akbar Yang Agung pada masa itu, berdasarkan pada novel Urdu 'Anarkali', yang ditulis oleh Syed Imtiaz Ali Taj, dengan Chandramohan memegang watak pelakon lelaki utama dan pelakon yang semakin meningkat naik pada waktu itu, Nargis selaku pelakon wanita utama. Bagaimanapun, pada tahun 1946, sejurus sebelum pembikinan filem itu, pelakon lelaki utama, Chandramohan, meninggal dunia.

Pada masa itu, Asif menangguhkan pembikinan filem tersebut untuk sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Dia menghasilkan filem Hulchul dan mengeluarkannya pada tahun 1951. Pada masa itu, Asif memilih semula pelakon-pelakon Mughal-e-Azam dengan Dilip Kumar selaku pelakon lelaki utama dan Madhubala selaku pelakon wanita utama dan memulakan pembikinan filem itu pada tahun yang sama. Pada tahun 1960, setelah dua belas tahun dalam pembikinan, Mughal-e-Azam disiarkan dan menjadi kegilaan ramai di panggung wayang di seluruh India. Dengan filem ini, Asif mencapai status legenda walaupun hanya bekerja setakat pembikinan tiga filem sahaja.

Selepas penerbitan dan kejayaan Mughal-e-Azam, Asif merancang satu lagi filem yang bertajuk Love and God, filem arahannya yang pertama yang akan dibikinkan sepenuhnya dalam warna, dan beliau terus memulakan pembikinannya. Filem itu akan dibintangi Guru Dutt selaku pelakon lelaki utama dan Nimmi selaku pelakon wanita utama. Bagaimanapun, dalam tahun 1964, apabila Guru Dutt meninggal, pembikinannya terhenti di situ. Kemudian, Asif memilih Sanjeev Kumar untuk memegang watak lelaki utama dan menyambung kembali pembikinan filem itu. Semasa pembikinan, K. Asif meninggal dunia pada 9 Mac 1971 pada usia 48 tahun dan filem itu ditinggalkan begitu saja. Pada tahun 1986, balu Asif, Akhtar Asif menyiarkan filem tersebut dalam bentuk yang tidak lengkap.

Filemografi sunting

Pengarah sunting

  • Phool (1945)
  • Mughal-e-Azam (1960)
  • Love and God (1986) (tidak lengkap)

Penerbit sunting

  • Hulchul (1951)
  • Mughal-e-Azam (1960)

Penulis skrip sunting

  • Mughal-e-Azam (1960) (layar)

Anugerah sunting

  • 1960: Anugerah Filem Terbaik Filmfare - Mughal-e-Azam
  • 1960: Anugerah Pengarah Terbaik Filmfare - Mughal-e-Azam: Dicalonkan[1]
  • 1960: Pingat Perak Presiden untuk Filem Terbaik dalam bahasa Hindi - Mughal-e-Azam[2]

Bibliografi sunting

  • K. Asif; Nasreen Munni Kabir; Suhail Akhtar (2007). The immortal dialogue of K. Asif's Mughal-e-azam. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-568496-4.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting