K2 Black Panther
XK-2 Black Panther MBT
JenisKereta kebal utama
Tempat asal Korea Selatan
Sejarah pengeluaran
Kos unit₩8.3 bilion
AS$7.1 juta (AS$1 = 1,161.4 KRW - kadar tukaran pada 17 Oktober, 2009)
Spesifikasi
Berat55 tonne (54 long ton; 61 short ton)
Panjang10.8 meter (35 ka 5 in) termasuk meriam
7.5 meter (24 ka 7 in) chasis sahaja
Lebar3.6 meter (11 ka 10 in)
Tinggi2.4 meter (7 ka 10 in)
Krew3 (komander, jurumeriam, pemandu)

ArmorLapisan yang terdiri dari sistem pertahanan anti peluru berpandu lembut dan keras, ERA, NERA, perisai komposit jenis baru dan modular yang tidak diketahui
Senjata
pertama
Meriam berlaras licin 120mm (4.72 in.), kaliber 55 (40 butir)
Senjata
kedua
Mesingan 1× 12.7 mm (kaliber .50) Mesingan berat K6 (3,200 butir)
Mesingan sepaksi 1× 7.62 mm (kaliber .30) (12,000 butir)
Enjindiesel 4-lejang, 12-silinder penyejukkan air
1,500 hp
Kuasa/berat27.3 hp/tan
Sistem ampaianIn-arm Suspension Unit
Jarak
operasi
450 kilometer (280 bt)
Kelajuan70 km/j (44 bsj) (jalan raya)
50 km/j (merentas desa)
(pecutan dari 0–32 km/j [0–20 bsj] dalam masa 7 saat)

K2 Black Panther (Hangul: K2 '흑표', hanja: K2 '黒豹') merupakan sebuah kereta kebal utama termaju yang akan mengantikan kereta kebal M48A5K Patton dan akan digandingkan dengan kereta kebal siri-siri K1 yang kini sedang digunakan oleh Republik Korea. Ia kini sedang dikeluarkan dalam skala penuh. K2 merupakan kereta kebal termahal di dunia, yang kini dianggarkan bernilai kira-kira ₩8.3 bilion Won Korea Selatan, atau kira-kira AS$8.5 juta se unit, mengatasi kereta kebal Type 90 buatan Jepun, yang bernilai kira-kira AS$7.4 juta setakat tahun 2008.

Kos sunting

Kos perolehan bagi seunit kereta kebal K2 kini adalah kira-kira ₩8.3 bilion Won Korea, atau sekitar AS$8.5 juta, menjadikan ianya sebagai sebuah kereta kebal utama termahal sehingga kini, mengatasi kereta kebal buatan Jepun, Type 90, yang mana berharga kira-kira AS$7.4 juta sebuah pada tahun 2008. Harga ini hampir dua kali ganda harga bagi K1A1, yang dinilai berharga ₩4.5 bilion se unit, atau kira-kira AS$4.9 juta.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan kos pembuatan untuk K2 akan menurun setelah kereta kebal ini dikeluarkan secara besar-besaran dan ditawarkan untuk dijual di peringkat antarabangsa.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting