Kabur petak (bahasa Inggerisnya box blur) ialah penapis imej pada mana setiap piksel dalam imej yang terhasil mempunyai nilai bersamaan dengan nilai purata piksel berjiranan dengannya di dalam imej masukan. Ia merupakan satu bentuk penapis laluan rendah (pengaburan) dan ialah sebuah pelingkaran.

Kerana sifatnya yang menggunakan berat sama, ia boleh dilaksanakan dengan algoritma tumpukan yang lebih ringkas, jauh lebih pantas berbanding algoritma tingkap gelangsar.[1]

Kabur petak selalu digunakan untuk mendapat hasil yang menghampiri kabur Gauss.[2] Menurut teorem had memusat, jika dipakai 3 kali keatas imej yang sama, sebuah kabur petak menghampiri inti Gauss sehingga lebih kurang 3%, membuahkan hasil yang sama dengan inti pelingkaran kuadratik.

Dalam domain frekuensi, kabur petak mempunyai komponen sifar dan negatif. Bermaksud, sesebuah gelombang sinus yang tempohnya bersamaan dengan saiz petak akan dikaburkan sepenuhnya dan panjang gelombang yang lebih pendek berbanding saiz petak mungkin akan tersongsang fasa, seperti yang dapat disaksikan jika dua bulatan bokeh bersentuhan untuk membentuk titik cerah di mana akan ada sebuah titik gelap di antara dua titik cerah dalam imej yang asal.

Algoritma sunting

Kabur petak dapat dicapai dengan menggunakan algoritma yang diringkaskan oleh formula matematik[3]

 

di mana
  dan   ialah koordinat bagi piksel tujuan;
  ialah imej tujuan;
  ialah imej sumber;
  ialah inti penapis;
  ialah saiz inti penapis dalam piksel.

Jika inti adalah malar, formula di atas boleh diubah menjadi

 

di mana   ialah nilai inti yang malar.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Wojciech Jarosz. 2001. Fast Image Convolutions
  2. ^ W3C SVG1.1 specification, 15.17 Filter primitive 'feGaussianBlur'
  3. ^ "Four Tricks for Fast Blurring in Software and Hardware". Features. Gamasutra. Dicapai pada 19 April 2013.

Pautan luar sunting