Kadet Remaja Sekolah Malaysia

organisasi
(Dilencongkan dari Kadet Remaja Sekolah)

Kadet Remaja Sekolah ialah sebuah pasukan badan beruniform yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah Malaysia.

Kadet Remaja Sekolah
Kerangka
KependekanKRS (Kadet Remaja Sekolah) dan TKRS (Tunas Kadet Remaja Sekolah)
Cogan kataIlmu, Iman, Amal
Jenis/bentuk sahPasukan badan beruniform
Status undang-undangAktif
TujuanPasukan badan beruniform rasmi untuk sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Sejarah
Ditubuhkan27 Jun 1987; 36 tahun yang lalu (1987-06-27)
Pengasas1. Hj Muhammad Thani bin Sha'aban (SM Raja Abdullah)

2. Datuk Hj Anuar Ab Aziz (SM Seri Titiwangsa)

3. Ustaz Hj Ahmad Farazila Ab Ghani (SM Taman Tun Dr. Ismail)
Pengurusan
Organisasi utamaBahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Organisasi indukKementerian Pendidikan Malaysia
Lokasi
(Opsyenal)
Ibu pejabatPutrajaya
Lokasi
Kawasan perkhidmatanTerbuka kepada semua pelajar sekolah rendah (TKRS) dan sekolah menengah (KRS)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Antaranya ialah SMK Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad.

Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS)

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Pangkat sunting

Kadet/Pelajar (Rendah/Tunas) sunting

Kadet pelajar sekolah rendah, ataupun dikenali sebagai TKRS memakai tanda pangkat atas poket kanan baju. Pangkat tertinggi bagi kadet sekolah rendah ialah Sarjan.

Pangkat bagi kadet pelajar rendah termasuklah:

  • Lans Koperal TKRS
  • Koperal TKRS
  • Sarjan TKRS

Kadet/Pelajar(Menengah) sunting

Kadet sekolah menengah memakai apulet pangkatnya pada kedua-dua belah tali bahu. Pangkat tertinggi bagi kadet sekolah menengah ialah Pegawai Waran I.

Pangkat bagi Lans Koperal, Koperal adalah dianugerahkan dalam ujian pada peringkat sekolah. Kad Ujian perlu berpandukan Buku Panduan Pengurusan KRS. Bagi pangkat Sarjan, pelajar perlu mengikuti kursus yang diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah and mereka yang lulus akan dianugerahkan dengan sehelai sijil menyatakan kenaikan pangkat. Kadang-kadang, kursus Staf Sarjan diadakan bersama dengan kursus Sarjan. Kadet yang lulus pangkat Staf Sarjan akan dilantik untuk mengikuti kursus Pegawai Waran. Kursus bagi Pegawai Waran berperingkat kebangsaan dan merupakan anugerah berprestij bagi kadet. Sebelum tahun 2009, Biasanya tidak lebih daripada 20 kadet dianugerahkan dengan pangkat Pegawai Waran 1 di seluruh negara dan 50 anugerah Pegawai Waran 2. Sejak tahun 2009. Kursus Pegawai Waran juga diadakan pada peringkat negeri untuk memberi lebih banyak peluang bagi kadet dan melahirkan lebih banyak Pegawai Waran.

Pangkat bagi kadet pelajar menengah dengan apuletnya adalah seperti berikut:

Pegawai sunting

Pangkat-pangkat tersusun dari bawah ke atas.

  • Pegawai Kadet (Pegawai sebelum mengikuti sebarang kursus KRS)
  • Leftenan Muda (Pegawai selepas mengikuti Kursus Pegawai Tahap 1)
  • Leftenan (selepas mengikuti Kursus Pegawai Tahap 2)
  • Kapten
  • Mejar
  • Leftenan Kolonel
  • Kolonel
  • Komandan KRS Sekolah
  • Pegawai Pendidikan KRS Daerah
  • Pengarah KRS JPN
  • Pengarah KRS Malaysia
  • Timbalan Ketua Pengarah KRS Malaysia
  • Ketua Pengarah KRS Malaysia
  • Field Marsyal

Lagu sunting

Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kreatif,
Ke arah kecemerlangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Kekalkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

Uniform sunting

Terdapat 6 jenis uniform KRS, iaitu Uniform Sukan, Uniform No. 1, Uniform No. 2 dan Uniform No. 3, Uniform No.4 dan Uniform No. 4B. Uniform sukan merujuk kepada uniform yang dipakai semasa aktiviti tidak formal iaitu baju-T KRS dengan seluar trek. Uniform paling kerap digunakan ialah Uniform No.4 yang berwarna hijau gelap Sherwood. Uniform No.4 dianggap sebagai uniform rasmi KRS. Uniform No. 4 mengandungi baju berwarna hijau gelap Sherwood yang berlengan panjang, seluar, beret, tag nama, lencana, kolar dot, lambang dan lanyard. Alatan tambahan termasuklah bulu bagi beret, mafla dan sarung tangan. Kasut but diperlukan semasa memakai Uniform No. 4 yang berkulit penuh atau separa. Uniform No.3 yang terdiri daripa baju hijau muda dan seluar 'slack' digalakkan untuk dipakai pada hari Rabu. Uniform No. 4B ialah pemakaian lebih formal iaitu uniform separuh. Lencana beret KRS dipakai di sebelah kanan (pasukan lain memakainya di sebelah kiri).

Pelajar bagi KRS di seluruh negara Malaysia dikehendaki untuk memakai uniformnya pada setiap hari Rabu semasa masa persekolahan. Pegawai (guru) juga sangatlah digalakkan untuk berbuat demikian. Pegawai biasanya pilih memakai Uniform No. 3 kerana ia lebih ringan dan tipis. Terdapat juga busjaket (Uniform No. 2) dan pakaian istiadat (Uniform No.1) bagi pegawai KRS.

Kritikan sunting

Sistem kejurulatihan KRS semasa dikendalikan oleh pegawai yang menjadi guru pada masa yang sama. Berbeza dengan pertubuhan belia lain seperti Pengakap (Pengakap Kelana, Pengakap Raja, dll.), semua pangkat dirizabkan mengekhaskan untuk guru sahaja. Kebanyakan dalam kalangan mereka menyertai kursus/seminar beberapa hari yang tidak mencukupi untuk mengajar kadet. Tidak wujudnya pengambilan/kursus bagi kadet yang beralih dari sekolah menegah. Walau bagaimanapun beberapa persatuan ditubuhkan untuk membolehkan bekas ahli terus berkhidmat dalam unitnya, kebanyakan dalam kalangan mereka kebimbangan sekolah kor kadet masing-masing dan perubahan yang dilakukan oleh mereka tidak terpakai terhadap sekolah lain walaupun sebagaimana mereka konstruktif. Tidak ada persatuan rasmi, pangkat dan sistem bagi ahli graduan. Terdapat pendesakan untuk memantapkan sistem bagi dewasa sebagai penasihat sahaja dan pengajar sambilan/sepenuh masa akan mengendalikan kejurulatihan bagi kadet.

Pautan luar sunting