Kadhalum Kadandhu Pogum

Kadhalum Kadanthu Pogum (Maksudnya: Cinta akan berlalu juga) adalah sebuah filem komedi romantis Tamil ditulis dan diarahkan oleh Nalan Kumarasamy. Dihasilkan oleh C. V. Kumar di bawah syarikat produksi Thirukumaran Entertainment. ia mempunyai Vijay Sethupathi dan Madonna Sebastian dalam peranan utama[1] . Filem ini adalah buatan semula filem Korea ,My Dear Desperado. Ia dtayangkan serentak di seluruh dunia pada 11 Mac 2016[2].

Kadhalum Kadanthu Pogum
Poster Filem
PengarahNalan Kumarasamy
PenulisNalan Kumarasamy
K. E. Gnanavel Raja
Cerita olehKim Kwang-sik
BerdasarkanMy Dear Desperado
by Kim Kwang-sik
Dihasilkan olehC. V. Kumar
DibintangiVijay Sethupathi
Madonna Sebastian
Samuthirakani
SinematografiDinesh Krishnan
Disunting olehLeo John Paul
Muzik olehSanthosh Narayanan
Syarikat
penerbitan
Thirukumaran Entertainment
Diedarkan olehStudio Green
Abi & Abi Pictures
Tarikh tayangan
  • 11 Mac 2016 (2016-03-11)
NegaraIndia
BahasaTamil

Plot sunting

Kathir (Vijay Sethupathi) merupakan seorang samseng yang bercita-cita untuk membuka sebuah bar. Beliau baru keluar dari penjara selepas menghabiskan hukuman penjara 5 tahun. Beliau masuk ke penjara demi melindungi kesalahan Kaunselor kawasannya. Kaunselor itu berjanji kepadanya untuk memberikan kehidupan yang mewah. Kemudian, kita mempunyai Yazhini (Madonna Sebastian) yang melarikan diri dari kampung halamannya ,Villupuram , untuk mencapai cita-cita kerjayanya dalam sektor IT. Malangnya., dia kehilangan kerja tersebut selepas syarikatnya ditutup akibat kemelesetan ekonomi dunia. Yazhini terpaksa berpindah ke rumah yang lebih kecil kerana mengalami krisis kewangan akibat kehilangan kerja. Rumah tersebut bertentangan dengan rumah Kathir. Selebihnya filem ini memaparkan cerita bagaimana dua orang individu yang mempunyai impian yang berbeja mula rapat dan kemudian mula jatuh cinta. Tema utama dalam cerita ini berkaitan dengan perjuangan seorang jurutera wanita yang menganggur dan perjalanan beliau dalam mencapai kejayaan.

Barisan Pelakon sunting

Runut Bunyi sunting

Kadhalum Kadandhu Pogum
Runut bunyi Kadhalum Kadandhu Pogum oleh
Dilancarkan pada4 March 2016
Dirakamkan pada2016
TempatIndia  
GenreRunut Bunyi
BahasaTamil
SyarikatSony Music
PengarahNalan Kumarasamy (en)    
PenerbitC. V. Kumar (en)   dan Studio Green (en)    
Kronologi Santhosh Narayanan
Irudhi Sutru
(2016)
Kadhalum Kadandhu Pogum
(2016)
Kabali
(2016)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Runut Bunyi filem ini telah digubah oleh Santhosh Narayanan dan single "Ka Ka Ka Po" telah dikeluarkan pada 25 Jan 2016. Album soundtrack filem ini terdiri daripada lima trek. Album ini dikeluarkan pada 4 Mac 2016 dengan ulasan positif

No. Lagu Penyanyi Length (m:ss)
1 Ka Ka Ka Po Santhosh Narayanan, Meenakshi Iyer 3:43
2 Paravai Parandhuchu Pragathi Guruprasad, Srinisha 2:37
3 Pangaali [Arun Raja 2:20
4 Akkam Pakkam Paar Mano, Santhosh Narayanan 3:17
5 Bongu Kichan Santhosh Narayanan 3:23

Rujukan sunting

  1. ^ "Mollywood girl Madonna is Vijay's pair". The Times of India. 17 April 2015.
  2. ^ http://indiatoday.intoday.in/story/kadhalum-kadanthu-pogum-trailer-vijay-sethupathi-and-nalan-kumarasamy-are-back-to-tickle-your-funny-bone/1/610865.html