Dalam kimia, kaki retort merupakan peralatan spesifik untuk tujuan menyokong bahagian-bahagian lain peralatan dan barangan kaca seperti buret, tabung uji dan termos.[1]

Kaki retort

Kedudukan kaki retort terdiri daripada papan yang berat dibawah dan satu batang menegak keatas, yang biasanya diperbuat daripada logam. Sejumlah aksesori, seperti sepit dari pelbagai jenis dan cincin besi, boleh dipasang pada batang dengan skru, pada ketinggian apa pun yang diperlukan untuk menyokong peralatan sasaran.

Kegunaan sunting

Kaki retort sering digunakan di makmal kimia. Sebagai contoh, digunakan untuk eksperimen penyulingan (seperti penyulingan organik) dan titrasi. Kaki retort juga digunakan sebagai penyokong dalam proses tapisan.

Struktur sunting

Kaki retort biasanya mempunyai dasar besi sekitar 200x125 mm. Batang boleh mencapai 750 mm.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ring Stands". University of Colorado at Boulder, Department of Chemistry and Biochemistry.
  2. ^ "General Laboratory Metalwares & Glasswares, etc" (PDF). Che Scientific Co. m/s. 55.