Kambing Nigora merupakan baka kambing bersaiz sederhana dengan dua tujuan iaitu mengeluarkan susu dan bulu. Baka Nigora berasal di Amerika Syarikat pada awal 1990-an.[1] Kambing-kambing Nigora terawal mengandungi campuran pertalian kambing Kerdil Nigeria dan kambing Angora putih mahupun berwarna. Kambing Nigora masa kini mungkin juga mengandungi pertalian baka kambing penyusu Mini Dairy "jenis Swiss". Susuk badan, pembawaan dan ciri-ciri kambing Nigora moden seharusnya menyerupai kambing penyusu kenit yang berbentuk rapi di samping juga menghasilkan tiga jenis bulu yang berbeza. Bulunya berbagai-bagai sifatnya antara mohair dengan kasymir, malah terdapat kain "cashgora" iaitu campuran sifat kedua-dua jenis bulu tersebut.

Contoh terawal kambing Nigora (kelahiran 1989 ke 1999) sebelum dan selepas dicukur.

Kambing Nigora dihasilkan dan dipupuk sebagai baka yang disesuaikan khusus untuk penternakan mikro-eko,[2] pembelaan di bandar,[3] simpanan rumah ladang kecil-kecilan, kegunaan peribadi keluarga, dan juga sebagai haiwan peliharaan. Pembawaannya yang mesra, badannya yang kecil serta betapa mudahnya dijaga menjadikan baka ini sesuai untuk kanak-kanak dan peminat yang lanjut usia atau mempunyai keperluan khas.[4]

Rujukan sunting