Kampung Bomboi

kampung di Mukim Seberang, Sabah

Anggaran ketinggian di Kampung Bomboi di atas permukaan laut adalah 272 meter (892.4 ka).[3] Waktu piawaian yang digunakan di Kampung Bomboi ialah Waktu Piawai Malaysia dengan lapan jam lebih awal daripada Waktu Universal Selaras (UTC). Iklim di kawasan ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[4]

Bomboi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 5°19′49″N 116°10′53″E / 5.33037282°N 116.18140508°E / 5.33037282; 116.18140508Koordinat: 5°19′49″N 116°10′53″E / 5.33037282°N 116.18140508°E / 5.33037282; 116.18140508
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
DaerahKeningau
Daerah KecilSook
MukimMenawo
Pentadbiran
 • Ketua kampungJosiph Bin Salim
 • Pengerusi [Jawtankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung]John Bin Kilip
Aras
272 m (892 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
89008
Laman sesawanghttps://sites.google.com/view/profil-kampung-bomboi/home https://www.facebook.com/profile.php?id=61557950292133

Kampung Bomboi ialah sebuah kampung yang terletak dalam Bahagian Pedalaman di Daerah Kecil Sook yang dibawah pentadbiran Daerah Keningau, negeri Sabah, Malaysia.[1] Ia terletak di atas bukit dibawah pentadbiran Mukim Menawo dengan jarak 11Km dari pusat pekan Keningau. Bilangan rumah yang terdapat di petempatan luar bandar ini ialah 72 buah dan memiliki Surau, bangunan Gereja St. Yohanes Rasul, Tabika Kemas dan Dewan Serbaguna Kg Bomboi[2] sunting

Etimologi dan penamaan

Nama Kg.Bomboi diambil sempena dengan nama sebatang anak sungai yang  mengalir di lembah kawasan kg.Bomboi yang bernama sungai Bomboi.  

Bagaimanapun anak sungai ini sudah tidak wujud lagi disebabkan oleh hakisan dan juga  tebus guna tanah sebagai tapak pertanian atau tanaman padi. Tidak dapat dipastikan juga  siapa yang menamakan anak sungai ini pada suatu ketika dahulu, tetapi yang pasti  semenjak penemuan orang-orang yang terdahulu dengan tempat ini ia sudah dinamakan  sebagai Bomboi oleh orang-orang disekitarnya.  

Petempatan Kg.Bomboi mula ditemui seawal tahun 60’an oleh orang-orang  terdahulu seperti En. Uril, En.Iging Marali, En.Butit G, ( Kini semua sudah meninggal), dan  beberapa orang lagi yang turut serta dalam penghijrahan pada ketika itu. Adalah  dipercayai bahawa mereka semua berasal daripada Kg.Sintuong-tuong dan Kg.Garas di  daerah Tambunan. Punca penghijrahan mereka ialah ingin mencari penghiduipan yang  baru dan lebih selesa dan mencari kawasan pertanian yang lebih subur pada ketika itu.  

Sejarah

Pada tahun 1966, Francis Kinsun Uril bersama-sama dengan isterinya Puan Apolonia Butit dan adiknya Puan Lamihin Uril telah menyeberangi Sungai Pegalan untuk meninjau kawasan kampung Bomboi. Pada masa itu, kawasan tersebut masih belum diterokai dengan hutan tebal serta belum ada penempatan ataupun perumahan Seminggu kemudian sekembalinya mereka dari Kg.Bomboi ke Toboh Laut, mereka kembali lagi untuk meninjau tanah di kawasan Bomboi bersama dengan adik bongsunya En.Kilip Uril dan mendapati kawasan tersebut berpotensi untuk dimajukan dan dibuka untuk penempatan baharau dan bercucuk tanam. Beliau kembali ke kampung  halamannya di Kg.Garas Tambunan untuk membawa beberapa orang iaitu sahabat dan sudaranya yang lain En.Malibin, En.Lidsun, En. Yumbat, En.Kulinog, En.Eging, En.Limun, En.Yamorong, En.Satun dan Puan Sabinah dan berpakat berpakat bersama-sama meneroka atau membuka tanah dan penempatan di kawasan Kg.Bomboi.

Setelah lot masing-masing dibuka barulah kawasan tersebut dipohon oleh Francis Kinsun di Jabatan Tanah dan Ukur Keningau. Pada mulanya hanya 5 buah rumah dibina di kawasan Kg.Bomboi dan selebihnya di lot masing-masing. Sebagai ketua dan orang pertama yang meninjau kawasan tersebut maka beliau wujudkan ketua kampung di kawasan tersebut. Beliau telah dilantik sebagai ketua kampung yang pertama merangkap pengerusi komuniti (Jawatankuasa Keselamatan Kampung ( JKKK ) pada zaman pemerintahan USNO.

Pada tahun 1969 berlakunya perebutan kawasan tanah syarikat paun lembu (Bajau Kota Ayangan) dan penduduk Kg. Bomboi sehinggalah membawa kepada beberapa siri rundingan dan perbincangan. Akhirnya persempadanan kampung Bomboi dan kawasan tanah sebuah syarikat paun ternakan lembu tersebut selesai. Maka kesan daripada persempadanan semula kawasan tanah tersebut menyebabkan keluasan perkampungan (Kg. Bomboi)  yang dipertahankan oleh Francis Kinsun Uril serta pengikutnya mengecil dan tinggal tujuh ekar

Apabila penduduk kampung Bomboi semakin bertambah En. Francis Kinsun telah mencadangkan kepada pengerusi JKKK En. Yaman John Iging pada masa itu supaya paun ternakan (Kerbau) yang ada di Kampung Bomboi dibubarkan untuk dijadikan perkampungan. Perkara ini telah dipertimbangkan oleh kerajaan sehinggalah mendapat kelulusan. Hasil daripada perkara itu beliau telah meminta satu kawasan khas dalam perkampungan untuk pembinaan rumah keluarga, adik-adiknya dan anak-anaknya

Geography

Kampung Bomboi terletak di atas bukit iaitu 272 meter dari aras permukaan laut, tetapi mempunyai permukaan tanah ratanya yang luas dan terdapat ladang ternakan lembu yang terbesar di negeri ini iatu ladang ternakan lembu Yon Fook Resourses Sdb Bhd. Keluasan tanah rata yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri untuk Kampung Bomboi adalah 18.55 hektar dengan nombor geran 12002213.

Pentadbiran & Politik

Kampung Bomboi adalah dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Sook dan berada dalam kawasan N 44 Tulid dan P182 Pensiangan. Warganya pula cendrung kearah penyokong kerajaan dan masih memerlukan banyak pembangunan infrastruktur terutamanya bekalan air bersih dan perhubungan jalan raya aspal/konkrit

Ekonomi

Sektor pertanian adalah sektor yang terbesar menyumbang kepada peningkatan ekonomi kampung Bomboi iaitu sekitar 80% daripadanya terlibat dan selebihnya adalah berkeja sendiri dan berkerja didalam sektor swasta dan awam. Kampung Bomboi mempunyai kadar pengangguran rasmi yang rendah iaitu 2.0% sahaja kerana hampir semua terlibat dalam bidang pertanian. Penduduk Bomboi kebanyakanya para petani dan terlibat dalam penanaman kelapa sawit , penoreh getah dan juga menanam padi sawah dan sebilangan kecil   mengusahakan tanaman padi bukit. Selain daripada itu terdapat juga segelintir penduduk  yang menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual barangan runcit,  sayur-sayuran, tembakau, dan juga gerai makan. Penanaman Avocado dan Hidroponik juga semakian mendapat sambutan penduduk untuk mengusahakanya dan cuba menceburi pengalaman teknologi hijau untuk mempelbagaikan tanaman yang berkualiti dan lumayan

Infrastruktur

Jalan Konkrit di kampung Bomboi menjangkau kira-kira 1.3 kilometer manakala jalan berturap (jalan Tar) ialah 691 meter 750 meter lagi tidak berturap. Rangkaian telekomunikasi Bomboi adalah daripada menara pencawang yang telah dibina melalui projek JENDELA daripada kerajaan persekutuan dan juga talian optik fiber dari UNIFI. Kampung Bomboi mempunyai dewan serbaguna, surau , gereja, Tabika Kemas, dua buah gelanggang serbaguna dan padang bola sepak. Penduduk kampung Bomboi kekurangan dengan sumber air bersih dan mengharapkan air graviti sejauh 16 kilometer dari punca tadahan. Perhubungan jalan raya yang kurang baik terutamanya memasuk kawasan pertanian dan ke kampung yang berhampiran juga sangat memerlukan penyelenggaraan dan naik taraf.

Demografi

Menurut bancian daripada Biro JPKK, penduduk Bomboi ini ialah seramai 402 orang pada tahun 2023, populasi ini dijangka meningkat sebanyak 2 peratus setahun. Bilangan orang dalam kumpulan umur 65 tahun ke atas adalah 17 orang merupakan 4.2 peratus daripada jumlah penduduk; kumpulan umur 41-64 sepadan dengan 9.2 peratus; manakala golongan muda berumur 20-40 tahun membentuk 34.8 peratus. Pada tahun 2024, apabila bancian rasmi pertama direkodkan di Bomboi pada awal tahun tersebut menunjukan sedikat peningkatan penduduk setelah diambil kira kleahiran baru adalah seramai 408 orang

Agama

Kg.Bomboi mempunyai sebuah gereja yang dibina pada awal tahun 1988 lagi. Penganut  agam kristian aliran Katolik ( RC ) mewakili 72 % daripada seluruh penduduk Kg.Bomboi.  Disamping itu terdapat juga sebuah Surau yang telah dibina pada pertengahan tahun  90’an lagi. Masyarakat yang menganut agam Islam di Kg. Ini mewakili kira-kira 28%  daripada penduduk kg.Bomboi.  

Walaupun begitu keadaan perpaduan di Kg.Bomboi ini sangat baik dan ada  persepakatan dan kerjasama yang erat diantara semua penduduk tanpa mengira agama. 

Bahasa

Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa pertuturan bagi golongan muda di kampung Bomboii di samping bahasa ibunda iaitu bahasa Dusun adalah bahasa pertuturan seharian bagi golongan berumur. Walaubagaimanapun terdapat trend meningkat ibu bapa yang membiasakan diri anak-anak mereka untuk bertutur dalam bahasa Dusun agar ianya tidak dilupakan dan hilang ditelan zaman. Terdapat juga bahasa lain digunakan di Bomboi iaitu bahasa murut selain bahasa Inggeris

Kesihatan

Bomboi merupakan salah satu kampung yang tidak memiliki klinik kesihatan . Pada 2020-2023, punca utama kematian di kalangan orang dewasa dan warga emas di Bomboi adalah datangnya dari penyakit arteri koronari atau yang lebih dikenali sebagai penyakit 3 serangkai di samping kanser usus. Terdapat juga penyakat yang menyerang golongan muda seperti serangan gout dan ini membimbangkan jika ianya meningkat lagi pada tahun-tahun seterusnya

Pendidikan

Bangunan sekolah tidak terdapat di kampung ini, warga Bomboi menghantar anak-anak mereka di sekolah terdekat iaitu di SK Menawao, SK Penagatan dan sekolah-sekolah di sekitar Keningau. Bomboi telah melahirkan beberapa orang berpendidikan diantaranya ialah Darrel Noel Lazarus yang sedang dalam penganjian perubatan dan bakal menjadi seorang doktor. Data menunjukkan dari tahun 1980-2024 sejumlah lebih 30 orang warga bomboi yang telah menamatkan pengajian mereka di pengajian tinggi awam mahupun swasta

Budaya

Penduduk Bomboi mengamati beberapa cuti dan perayaan sepanjang tahun. Selain sambutan Tadau Kaamatan, Hari Merdeka kebangsaan ,Hari Malaysia, Sambutan Krismas, Hari Rayadan Paskah (Good Friday). Tradisi rumah terbuka membolehkan penduduk lain untuk menyertai perayaan. Bomboi mempunyai minuman tradisi iaitu kinomol atau toomis yang dihadangan apabila tiaba musim perayaan terutamanya Tadau Kaamatan

Masakan

Masakan tradisi Bomboi ialah sambal tuhau lada putih , Jeruk (Bosou bahasa tempatan), dan Tomboruah (Sejenis tumbuhan liar/sejenis Rotan)

Sukan

Sukan kegemaran penduduk Bombi ialah bola sepak, bole tampat, futsal, sepak takraw dan Badminton

Muzik

Tangkapas ada kumpulan pemuzik di kampung Bomboi yang sering membuat persembahan di sekitar keningau dan Kota Kinabalu dan pernah melahikan albun, dan lagu-lagu single mereka. Irama muzik tempatan sumazau dan diselitkan dengan irama rock dan slow rock menjadi bawaan kepada band ini. Paluan gong (Muzik tradisi) masih diamalkan di kampung bomboi tetapi semakin terhakis disebabkan kurangnya pembabitan daripada golongan muda

  1. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2015). "Gazetir Negeri Sabah Negeri Dibawah Bayu" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 29 Mei 2021.
  2. ^ Pejabat Daerah Kecil Sook. "Senarai Mukim serta Kampung di Daerah Kecil Sook, Sabah, Malaysia". www.sabah.gov.my/pdks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-17. Dicapai pada 10 Jun 2021.
  3. ^ "Bomboi, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 2021-06-11.
  4. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification". Hydrology and Earth System Sciences. 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.

Pautan luar sunting