Kampung Selarong, Pengkalan Hulu

Kampung Selarong di Pengkalan Hulu (dahulu dikenali sebagai Keroh) terletak di Daerah Hulu Perak. Kampung ini terbahagi kepada empat kampung kecil iaitu Kampung Padang Jeneris, Kampung Bekuai, Kampung Padang Kota dan Kampung Selarong Hujung.

Majoriti penduduknya adalah terdiri dari orang Melayu dan sedikit dari keturunan India dan Cina.

Sejarah

sunting

Kampung ini pernah menjadi pusat pemerintahan sementara Kerajaan Melayu Reman-Pattani di selatan Siam pada era saat kejatuhan Kerajaan tersebut setelah Rajanya dikatakan melarikan diri serta bersembunyi dari buruan bala tentera kerajaan Siam pada ketika itu.

Bukti sejarah masih lagi wujud dengan terdirinya Istana Kerajaan Melayu Reman di kampung Padang Kota (dikatakan istana ini adalah kota serta kubu terakhir Raja Muda Reman ketika itu iaitu YM Tuan Lebeh Bin Tuan Jagong sebelum baginda dikatakan tewas di tangan Kerajaan Siam ketika itu dan ghaib tanpa sebarang Makam hingga ke hari ini. Keturunan Baginda Tuan Lebeh masih lagi menetap di Kampung Selarong dan ada juga telah berhijrah ke Negeri Kedah dan Selangor. Di kampung ini juga masih terpelihara Makam DYMM Raja Perempuan Che Neng (Bonda Tuan Lebeh) dan di pelihara di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Negara. Ayahnda Baginda DYMM Tuan Jagong (Raja yang membuka Bandar Gerik dan Keroh) dikatakan menderita rindu atas kemangkatan anakanda baginda dan akhirnya mangkat jua pada tahun 1901.