Kampung Ukong, Malaysia


Kampung Ukong Limbang merupakan sebuah perkampungan tradisional etnik Bisaya Sarawak yang terletak di daerah Limbang, Sarawak. kampung ini berada di dikelilingi banjaran Bukit Ladan, yang menjadi sempadan Malaysia-Brunei di sebelah barat dan Sungai Limbang di sebelah timur.Kampung Ukong Limbang berjarak kira-kira 36 kilometer dari Bandar Limbang. Kampung ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Limbang (MDL) dan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.80 Batu Danau, kawasan Parlimen P221 Limbang.

Kampung ini juga merupakan salah satu kampung tertua di daerah Limbang.Kaum Bisaya Sarawak merupakan peneroka sekaligus etnik majoriti penduduk di kampung ini.Namun, terdapat juga komuniti etnik Iban yang menetap di seberang Timur Sungai Limbang kampung ini.


Kemudahan asas sunting

Pengangkutan

Kampung Ukong Limbang terbahagi kepada dua bahagian oleh Sungai Limbang.Penduduk setempat kebanyakannya menggunakan bot atau perahu untuk pergi atau menyeberangi Sungai Limbang.Kampung Ukong dihubungkan dengan dua jalan raya iaitu Jalan Medamit-Limbang(jalan lama) dan Jalan Tanah Merah(jalan baharu diwujudkan). Selain itu, kawasan kampung telah dihubungkan melalui jalan pertanian yang sedang dinaiktaraf menjadi laluan alternatif Pan Borneo (Sabah-Sarawak Link Road) boleh dilalui oleh kenderaan empat roda.

Bekalan Air Bersih

Di sebahagian Kampung Ukong (Timur Sungai Limbang) dibekali dengan air bersih yang dirawat daripada LAKU manakala sebahagian pula (Barat Sungai Limbang) masih dibekalkan dengan air paip bukit(graviti).

Bekalan Elektrik 24 Jam

Kampung Ukong dilengkapi dengan bekalan elektrik 24 jam daripada Sarawak Energy Berhad (SEB).

Sambungan Internet

Kemudahan telekomunikasi di kampung ini dilengkapi dengan sambungan 4G di sesetengah tempat, namun dijangka akan ditingkatkan kawasan liputan selaras dengan usaha kerajaan negeri menambah menara pencawang di kampung tersebut



Pendidikan sunting

Kampung Ukong mempunyai sebuah sekolah rendah awam(SK) iaitu Sekolah Kebangsaan Ukong.Sekolah ini adalah di antara sekolah tertua di Sarawak. Manakala remaja di kampung ini akan melanjutkan pendidikan menengah di SMK Medamit (terdekat) dan di bandar.


Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Ukong, Limbang, Sarawak ialah 98700.[1]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting