Kapal tempur kelas Kaiser

Kelas Kaiser adalah kelas lima kapal tempur yang dibina di Jerman sebelum Perang Dunia I dan berkhidmat dalam Tentera Laut Imperial Jerman semasa peperangan. Mereka adalah kelas ketiga kapal dreadnought Jerman, dan yang pertama menggunakan enjin turbin dan turet superfiring. Lima kapal tersebut ialah SMS Kaiser, SMS Friedrich der Grosse, SMS Kaiserin, SMS Prinzregent Luitpold, dan SMS König Albert. Seperti biasa bagi kapal tempur Jerman dalam tempoh itu, kelas Kaiser memasang meriam utama yang lebih kecil dari pesaing British mereka: meriam 30.5 cm (12.0 in), berbanding dengan meriam 34.3 cm (13.5 in) kelas Orion British.[1]

Kapal tempur kelas Kaiser
SMS Kaiser
Ringkasan kelas
Pengguna: Bendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Didahului oleh: kelas Helgoland
Diganti oleh: kelas König
Dibina: 1909–1913
Ditauliahkan: 1912–1919
Disiapkan: 5
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal tempur
Sesaran:
  • 24,724 t (24,334 long ton) (direka bentuk)
  • 27,000 t (27,000 long ton) (maksimum)
Panjang: 172.4 m (565 ka 7 in)
Lunas: 29.0 m (95 ka 2 in)
Draught: 9.1 m (29 ka 10 in)
Jana kuasa:
Halaju: 21 knot (39 km/j; 24 mph)
Jarak: 7,900 nmi (14,600 km; 9,100 bt) pada 12 knot (22 km/j; 14 mph)
Anak kapal: 1,084 anak kapal
Persenjataan:
Perisai:

Kelima-lima kapal menyaksikan pertempuran di Laut Utara semasa peperangan; mereka berkhidmat bersama sebagai Skuadron Tempur III dari Divisyen VI. Empat kapal terlibat dalam Pertempuran Jutland; SMS König Albert berada di limbungan pada masa itu.[2] Dari empat kapal yang mengambil bahagian dalam pertempuran itu, hanya Kaiser mengalami kerosakan, di bedil oleh 2 peluru meriam berkaliber berat.[3] Kapal-kapal ini juga mengambil bahagian dalam Operasi Albion di Laut Baltik; semasa operasi itu mereka disusun semula sebagai Skuadron Tempur IV, dibawah pemerintahan Laksamana Madya Wilhelm Souchon.[4]

Pada penghujung perang, kesemua 5 kapal telah ditahan di pangkalan tentera laut British di Scapa Flow. Pada 21 Jun 1919, mereka telah ditenggelamkan untuk mengelak dari dirampas oleh Royal Navy. Kapal-kapal itu kemudiannya ditimbulkan dan dipecah-pecahkan kepada sekerap antara tahun 1929 dan 1937.[5]

Kawasan yang digelapkan mewakili bahagian-bahagian kapal yang dilindungi perisai

Nota kaki sunting

Nota sunting

Petikan sunting

  1. ^ Gardiner & Gray, m/s. 28.
  2. ^ Tarrant, m/s. 62.
  3. ^ Tarrant, m/s. 296.
  4. ^ Staff, m/s. 151.
  5. ^ Gröner, m/s. 26.

Rujukan sunting


  • Breyer, Siegfried; Kurti, Alfred (1973). Battleships and Battle Cruisers 1905–1970: Historical Development of the Capital Ship [Schlachtschiffe und Schlachtkreuzer 1905–1970]. Garden City: Doubleday. ISBN 978-0-385-07247-2.
  • Gardiner, Robert; Gray, Randal, penyunting (1985). Conway's All the World's Fighting Ships: 1906–1921. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-907-8.
  • Grießmer, Axel (1999). Die Linienschiffe der Kaiserlichen Marine (dalam bahasa German). Bonn: Bernard & Graefe Verlag. ISBN 978-3-7637-5985-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Gröner, Erich; Jung, Dieter; Martin, Maass (1990). German Warships: 1815–1945 [Die deutschen Kriegsschiffe, 1815–1945]. 1. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-790-6.
  • Halpern, Paul G. (1995). A Naval History of World War I. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-55750-352-7.
  • Preston, Anthony (1972). Battleships of World War I: An Illustrated Encyclopedia of the Battleships of all Nations, 1914–1918. Harrisburg: Stackpole Books. ISBN 978-0-8117-0211-9.
  • Staff Correspondent (3 June 1916). "Germany Hails Fleet As Victor" (PDF). The New York Times. m/s. 1. Dicapai pada 15 May 2009.
  • Staff, Gary (1995). Battle for the Baltic Islands 1917. Barnsley: Pen & Sword Maritime. ISBN 978-1-84415-787-7.
  • Tarrant, V. E. (2001) [1995]. Jutland: The German Perspective. London: Cassell Military Paperbacks. ISBN 978-0-304-35848-9.
  • Weir, Gary E. (1992). Building the Kaiser's Navy: The Imperial Navy Office and German Industry in the Tirpitz Era, 1890–1919. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-55750-929-1.