Kategori:Kampung di Wilayah Persekutuan

Perkampungan di Kuala Lumpur bermula dengan perkampungan lama yang dibina pada abad ke 18 seperti Kampung Kuantan, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak dan Kampung Bohol oleh orang-orang Minang dari Sumatera Barat, Negeri Sembilan atau biduanda Kelang dan orang Temuan. Perkampungan baru dibina menjelang kemerdekaan seperti Kampung Baru dan Kampung Bandar Dalam atau selepas kemerdekaan seperti Kampung Changkat, Kampung Batu Muda dan lain-lain.