Kawah Omar Khayyam

Omar Khayyam ialah sebuah kawah hentaman qamari yang terletak di bahagian barat laut pada sisi jauh Bulan. Kawah ini berada pada wilayah yang kadang kala dapat dilihat dari Bumi ekoran kesan librasi, dan jike keaddan mengizinkan, dapat dilihat dari tepi. Walau bagaimanapun, dalam keadaan sedemikian, tidak banyak perincian dapat dilihat dan kawah ini paling baik dilihat dari orbit.

Kawah Omar Khayyam
Koordinat58°00′N 102°06′W / 58.0°N 102.1°W / 58.0; -102.1Koordinat: 58°00′N 102°06′W / 58.0°N 102.1°W / 58.0; -102.1
Diameter70 km
KedalamanTidak diketahui
Colongitude104° pada fajar
EponimOmar Khayyam

Ciri ini terletak di pinggir barat kawah Poczobutt, dan sembir barat daya Omar Khayyam bertemu kawah Zsigmondy. Kawasan lantai di sebelah timur-tenggara Omar Khayyam ditindih oleh sebuah kawah yang lebih baharu dan kecil. Baki lantai Omar Khayyam dibelah dua oleh permatang yang tercantum pada sembir luaran barat kawah, dan hasilnya Omar Khayyam kelihatan seperti binaan yang mengandungi cantuman hentaman berganda-ganda.

Sembir luaran banyak terhakis dan terdapat ruang di arah tenggara kawah. Terdapat sebuah kawah kecil di sembir barat dan beberapa kawah kecil menandai bahagian tepi dan dalam kawah ini. Lantai barat laut agak lebih licin daripada bahagian lantai lain.

Kawah ini dinamakan sempena Omar Khayyám seorang ahli matematik dan astronomi Muslim pada Zaman Pertengahan.

Rujukan sunting

  • Andersson, L. E.; Whitaker, E. A. (1982). NASA Catalogue of Lunar Nomenclature. NASA RP-1097.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Blue, Jennifer (July 25, 2007). "Gazetteer of Planetary Nomenclature". USGS. Dicapai pada 2007-08-05.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bussey, B.; Spudis, P. (2004). The Clementine Atlas of the Moon. New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-81528-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Cocks, Elijah E.; Cocks, Josiah C. (1995). Who's Who on the Moon: A Biographical Dictionary of Lunar Nomenclature. Tudor Publishers. ISBN 978-0-936389-27-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McDowell, Jonathan (July 15, 2007). "Lunar Nomenclature". Jonathan's Space Report. Dicapai pada 2007-10-24.CS1 maint: ref=harv (link)
  • doi: 10.1007/BF00171763
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  • Moore, Patrick (2001). On the Moon. Sterling Publishing Co. ISBN 978-0-304-35469-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Price, Fred W. (1988). The Moon Observer's Handbook. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-33500-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rükl, Antonín (1990). Atlas of the Moon. Kalmbach Books. ISBN 978-0-913135-17-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Webb, Rev. T. W. (1962). Celestial Objects for Common Telescopes (ed. 6th revision). Dover. ISBN 978-0-486-20917-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Whitaker, Ewen A. (1999). Mapping and Naming the Moon. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-62248-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wlasuk, Peter T. (2000). Observing the Moon. Springer. ISBN 978-1-85233-193-1.CS1 maint: ref=harv (link)