Kawah hentaman

Kawah di permukaan planet, bulan dan jisim pepejal lain yang wujud akibat hentaman badan yang lebih kecil.

Kawah hentaman ialah sebuah lekukan hampir bulat yang terdapat pada permukaan sebuah planet, bulan, ataupun jisim pepejal lain yang terdapat di dalam Sistem Suria, terbentuk daripada hentaman halaju hiper sebuah badan kecil dengan permukaan. Berlainan dengan kawah gunung berapi yang terbentuk daripada ledakan atau keruntuhan dalaman,[1] kawah hentaman secara tipikalnya memiliki sembir yang terangkat dan lantai yang lebih rendah ketinggiannya daripada ketinggian tanah keliling. [2] Kawah hentaman berjulat daripada lekukan kecil berbentuk mangkuk sehingga ke lembangan besar, kompleks dan bergelang. Kawah Meteor mungkin menjadi contoh kawah hentaman kecil yang terkenal yang terdapat di Bumi.

Kawah hentaman yang menonjol, Tycho, di Bulan.

Kawah-kawah hentaman merupakan ciri-ciri menonjol pada banyak objek pepejal Sistem Suria termasuk Bulan, Utarid, Callisto, Ganymede dan kebanyakan bulan-bulan kecil dan juga asteroid. Di planet-planet serta bulan-bulan lain yang mengalami proses geologi yang lebih aktif, seperti Bumi, Zuhrah, Marikh, Europa, Io dan Titan, kawah hentaman yang dapat kelihatan kurang ditemui kerana kawah-kawah tersebut terhakis, tertanam atau terubah oleh proses tektonik dengan peredaran masa. Di mana proses-proses sedemikian telah memusnahkan sebahagian besar topografi asal kawah, istilah-istilah struktur hentaman atau astrobleme lebih sering digunakan. Dalam penulisan awal, sebelum takrifan kawah akibat hentaman diiktiraf, istilah-istilah kriptoletupan atau kriptovolkano sering digunakan bagi mencirikan apa yang sekarang dikenali sebagai ciri berkaitan hentaman yang terdapat di Bumi.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Basaltic Volcanism Study Project. (1981). Basaltic Volcanism on the Terrestrial Planets; Pergamon Press, Inc: New York, p. 746. http://articles.adsabs.harvard.edu//full/book/bvtp./1981//0000746.000.html.
  2. ^ Consolmagno, G.J.; Schaefer, M.W. (1994). Worlds Apart: A Textbook in Planetary Sciences; Prentice Hall: Englewood Cliffs, NJ, p.56.
  3. ^ French, B.M. (1998). Traces of Catastrophe: A Handbook of Shock-Metamorphic Effects in Terrestrial Meteorite Impact Structures; Simthsonian Institution: Washington DC, p. 97. http://www.lpi.usra.edu/publications/books/CB-954/CB-954.intro.html.
  • Charles A. Wood and Leif Andersson, New Morphometric Data for Fresh Lunar Craters, 1978, Proceedings 9th Lunar and Planet. Sci. Conf.
  • Bond, J. W., "The development of central peaks in lunar craters", Earth, Moon, and Planets, vol. 25, December 1981.
  • Melosh, H.J., 1989, Impact cratering: A geologic process: New York, Oxford University Press, 245 p.
  • Baier, J., Die Auswurfprodukte des Ries-Impakts, Deutschland, in Documenta Naturae, Vol. 162, 2007. ISBN 978-3-86544-162-1

Bacaan lanjut sunting

Mark, Kathleen (1987). Meteorite Craters. Tucson: University of Arizona Press. ISBN 0-8165-0902-6.

Pautan luar sunting