Kekilauan (juga dipanggil luminositi)[1] ialah ukuran fotometrik tentang ketumpatan keamatan cahaya pada arah yang tertentu. Ia menerangkan jumlah cahaya yang melalui atau dipancarkan dari kawasan tertentu, dan sampai pada sudut pepejal tertentu. Unit SI untuk kecerahan ialah kandela per meter persegi (cd/m2). Dalam disiplin ilmu yang berlainan, ia mentakrifkan kekilauan secara berbeza bergantung kepada apa yang diukur.

Dalam ilmu falak, kekilauan mengukur jumlah tenaga yang dipancarkan oleh bintang atau objek astronomi yang lain dalam joule per saat atau watt.

Rujukan sunting

  1. ^ "luminosity". Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 26 Ogos 2012.