Keluaran bersama ialah pengeluaran setem atau produk filateli oleh dua atau lebih negara yang berkaitan dengan topik, peristiwa atau tokoh yang sama. Keluaran bersama pada kebiasaannya dilancarkan pada tarikh sama dan mempunyai reka bentuk yang serupa, kecuali pada nama negara pengeluar dan nilai.

Malaysia sunting

Bermula tahun 2002, Pos Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa pihak untuk mengeluarkan setem keluaran bersama.

Tahun Pihak pengeluar Tema Gambar yang dipamerkan Tarikh pelancaran
2002   Republik Rakyat China Bunga nadir Bunga peluru meriam dan camellia nitidissima 5 Februari 2002
2002   Singapura Burung tropika Belatok gajah, dendang selayang, kelicap pinang dan dendang gajah 27 Jun 2002
2007   Brunei Hidupan laut yang unik Taenianotus triacanthus, jebung kelar jingga, nautilus pompilius dan ostracion meleagris 6 Februari 2007
2007   Brunei

  Kemboja

  Indonesia

  Laos

  Myanmar

  Filipina

  Singapura

  Thailand

  Vietnam

Ulang tahun ke-40 ASEAN Menampilkan 10 bangunan daripada setiap negara ahli:

Bangunan Sekretariat (Brunei), Muzium Negara Kemboja, Muzium Fatahillah (Indonesia), Rumah Tipikal Lao, Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu, Pejabat Pos Yangon, Istana Malacañang, Muzium Negara Singapura, Rumah Vimanmek (Thailand) dan Istana Presiden (Vietnam)

8 Ogos 2007
2010   Korea Selatan Ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-Korea Harimau Siberia dan harimau Malaya 23 Februari 2010
2011   Indonesia Keluaran bersama Tugu Negara, Tugu Proklamasi, matawang pertama Malaysia selepas merdeka, setem pertama Malaysia selepas merdeka, setem tentera Surakarta, matawang Oeang Republik Indonesia, ayam hutan merah dan ayam hutan hijau 8 Ogos 2011
2014   Hong Kong Makanan tempatan Nasi lemak, sate, poon choi dan egg waffle 9 Oktober 2014
2015   Thailand Haiwan marin Ubur-ubur putih (Phyllorhiza punctata), nudibrankia (Hypselodoris bullockii), udang harlekuin ( hymenocera picta) dan ketam batu karang (trapezia areolata)[1] 8 Jun 2015
2015   Brunei

  Kemboja

  Indonesia

  Laos

  Myanmar

  Filipina

  Singapura

  Thailand

  Vietnam

Komuniti ASEAN Bendera-bendera negara ASEAN yang disatukan untuk membentuk sekuntum bunga berkelopak lima mengelilingi logo dan moto ASEAN.

Di bawahnya, tangan bersalaman bermaksud keamanan persahabatan dan perpaduan. Sepasang burung merpati di latar belakang sebagai lambang kewujudan bersama yang damai di kawasan serantau. Gumpalan padi yang berwarna keemasan di bawah setem mewakili identiti bersama komuniti tani.[2]

8 Ogos 2015
  1. ^ "Pos Malaysia, Thailand Post lancar setem bersama". Berita Harian. 2015-06-06. Dicapai pada 2024-04-20.
  2. ^ "Setem sempena Keluaran Bersama Komuniti ASEAN..." Pelita Brunei. 2015-08-04. Dicapai pada 2024-04-20.