Kenirberatan berlaku apabila tiadanya tegasan dan keterikan hasil daripada daya sentuhan mekanikal luaran terutamanya daya normal dari sebarang permukaan. Medan graviti yang seragam sebaliknya tidak menyebabkan tegasan atau strain dengan sendirinya, manakala jisim yang jatuh bebas dalam persekitaran sebegini langsung tidak mengalami pecutan daya G serta terasa beratnya berkurangan [maka, keadaan ini turut dikenali sebagai "(daya) g sifar", zero g(-force)].

Keadaan terapung kerana "ketiadaan berat" dalam sebuah pesawat penerbang parabola

Apabila daya bukan graviti bertindak ke atas sesuatu jisim, seperti dalam suatu emparan atau stesen angkasa yang berputar misalnya, rasa wujudnya berat terhasil akibat tindakan daya sentuhan daripada struktur yang bergerak bagi mengatasi inersia jisim. Dalam kes-kes sebegini, rasa adanya berat dalam keadaan bertegasan boleh berlaku meskipun medan graviti diukur pada tahap paling lemahnya (yakni sifar), maka daya G dirasai sambil jisim-jisim tidak kehilangan berat.

Apabila medan graviti berkeadaan tidak seragam, maka sesebuah jisim yang jatuh bebas mengalami kesan pasang surut (tidal effects) dan tidak terlepas dari sebarang tegasan, terutamanya berdekatan kawasan yang mempunyai daya tarikan graviti sangat tinggi seperti lohong hitam. Kesan-kesan ini agak sedikit dirasai di Bumi, terutamanya pada objek yang berdimensi kecil (seperti tubuh badan manusia atau kapal angkasa) lalu rasa ketiadaan berat ini kekal secara keseluruhannya. Situasi ini dikenali sebagai mikrograviti yang didapati pada kapal-kapal yang mengorbit jisim angkasa.

Pautan luar sunting