Kepulauan Kerguelen

Kepulauan Kerguelen (Archipel Kerguelen,[1] disebut: [kɛʁɡelɛn]) adalah kepulauan terletak di selatan Lautan Hindi mendekati kawasan Antartik terdiri daripada Grand Terre berkeluasan 6,675 km2 (2,577 bt2) merupakan pulau utama dikelilingi 300 buah pulau kecil lain[2] membentuk kawasan merangkumi sejauh 7,215 km2 (2,786 bt2).

Ia merupakan antara kawasan paling terasing di Bumi di mana daratan yang terdekat iaitu Madagascar terletak lebih 3,300 km (2,100 bt) malah, ia hanya dapat dihubungkan melalui kapal-kapal pelayaran sahaja. Ia ditadbir dalam Tanah Selatan dan Antartika milik Perancis di mana sebanyak 45 hingga 100 orang askar, penyelidik dan jurutera mengendalikan stesen-stesen yang didirikan pemerintah negara tersebut di kepulauan ini.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Collectivités territoriales françaises" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Commission nationale de toponymie. Dicapai pada 24 November 2020.
  2. ^ "Kerguelen Islands". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 22 October 2016.
  3. ^ Sea Level Measurement and Analysis in the Western Indian Ocean, UNESCO Intergovernmental Oceanographic Commission