Kepulauan Marshall di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Kepulauan Marshall telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Penyertaan ini merupakan penyertaan keempat Kepulauan Marshall dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 2008.

Kepulauan Marshall di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCMHL
NOCJawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kepulauan Marshall
Laman sesawangwww.oceaniasport.com/marshalls (dalam bahasa Inggeris)
di Tokyo, Jepun
Peserta2 dalam 1 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Phillip Kinono
Colleen Furgeson
Pembawa bendera (penutupan)N/A
Pingat
Emas
0
Perak
0
Gangsa
0
Jumlah
0
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas

Peserta sunting

Seramai dua orang atlet mewakili Kepulauan Marshall dalam sukan renang iaitu Phillip Kinono dalam acara 50 meter gaya bebas lelaki dan Colleen Furgeson dalam acara 100 meter gaya bebas wanita.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "NOC Entries - Team Marshall Islands". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-17. Dicapai pada 3 September 2022.