Kerajaan Komisioner

Kerajaan Komisioner (Serbia: Комесарска влада, Komesarska vlada) adalah sebuah kerajaan boneka kolaborator Serbia yang singkat ditubuhkan di wilayah Serbia taklukan Jerman dalam Kerajaan Yugoslavia yang dipecahkan oleh Kuasa Paksi semasa Perang Dunia II. Ia beroperasi dari 30 April hingga 29 Ogos 1941, diketuai oleh Milan Aćimović, dan juga dirujuk sebagai Kerajaan Komisar atau Majlis Komisar. Daripada 10 orang komisioner, 4 orang sebelumnya pernah menjadi menteri dalam beberapa kerajaan Yugoslavia, dan 2 lagi pernah menjadi timbalan menteri. Ahli-ahlinya adalah pro-Jerman, anti-semitik dan anti-komunis, dan percaya bahawa Jerman akan memenangi peperangan. Kerajaan Aćimović tidak memiliki kekuatan, dan hanya alat rejim pendudukan Jerman, menjalankan arahan-arahannya dalam wilayah taklukan. Dibawah penguasaan penuh Panglima Tentera Jerman di Serbia, pengawasan operasi hariannya adalah tanggungjawab ketua staf pentadbiran Jerman, SS-Brigadeführer dan Ahli Majlis Negara Harald Turner. Salah satu tugasan awalnya ialah pelaksanaan perintah Jerman mengenai pendaftaran Orang Yahudi dan Orang Romani yang tinggal didalam wilayah itu, dan mengenakan sekatan lebih ketat terhadap kebebasan mereka.

Kerajaan Komisioner
Intisari agensi
Dibentuk27 April – 1 Mei 1941
Dibubarkan29 Ogos 1941
JenisKerajaan boneka
Bidang kuasa
Wilayah Serbia taklukan Jerman
Ibu pejabatBelgrade
Menteri bertanggungjawab

Pada awal bulan Julai, beberapa hari selepas satu pemberontakan besar yang dipimpin puak komunis berlaku, Aćimović merombak kerajaannya, menggantikan 3 komisioner dan melantik timbalan untuk sebahagian besar portfolio. Menjelang pertengahan Julai, pihak Jerman memutuskan bahawa rejim Aćimović tidak kompoten dan tidak mampu menangani pemberontakan, dan mula mencari pengganti. Ini mengakibatkan peletakan jawatan Kerajaan Komisioner penghujung bulan Ogos, dan pelantikan Kerajaan Salvation Nasional dipimpin oleh mantan Menteri Pertahanan, Armijski đeneral[a] Milan Nedić, di mana Aćimović mengekalkan portfolio dalam negeri. Anggota-anggota Kerajaan Komisioner bekerjasama dengan pihak penjajah sebagai cara untuk menyelamatkan orang Serbia dari pengaruh politik yang mereka anggap lebih berbahaya daripada Jerman, seperti demokrasi, komunisme dan pelbagai budaya. Mereka secara aktif membantu pihak Jerman mengeksploitasi penduduk dan ekonomi, dan mengambil pandangan "sangat oportunis" terhadap Permasalahan Yahudi, mengenai penyertaan mereka sendiri dalam Holokus sebagai "tak menyenangkan tapi tak dapat dielakkan". Tidak ada bukti bahawa persubahatan Kerajaan Komisioner memodenkan polisi-polisi Jerman dengan cara apapun.

Nota sunting

  1. ^ Equivalent to a U.S. Army lieutenant general.[1]

Nota kaki sunting

Rujukan sunting

Sumber cetakan pertama sunting

  • Krakov, Stanislav (1963). Генерал Милан Недић [General Milan Nedić] (dalam bahasa Serbia). Munich, West Germany: Iskra. OCLC 7336721.

Sumber cetakan kedua sunting

Sumber online sunting