Kerajang aluminium

Kerajang aluminium ialah aluminium yang dibentuk menjadi kerajang nipis dengan ketebalan kurang daripada 0.2 mm; namun kerajang lebih nipis daripada 6 μm juga biasa digunakan.[1] Kerajang untuk kegunaan rumah biasanya berukuran 0.016 mm tebal manakala  kerajang tugas berat rumah foil berketebalan 0.024 mm. Aluminium yang diproses sebegini mudah dilentur sehingga boleh dibengkok atau dibalut keliling objek. Kerajang jenis lebih nipis bersifat rapuh dan kadangkalanya dilapisi bahan-bahan lain seperti plastik atau kertas agar ia lebih berguna.

Selembar kerajang aluminium

Sifat sunting

Kerajang aluminium yang lebih tebal daripada 25 µm tidak telap kepada oksigen dan air. Kerajang lebih tipis daripada ketebalan ini menjadi sedikit telap kerana lubang-lubang halus yang terhasil daripada proses pembentukannya.

Kerajang ini mempunyai satu sisi yang berkilat dan satu sisi yang kemayangan (matte) juga hasil daripada penggilingan aluminium mentah, di mana dua kepingan aluminium digilingkan bersama-bersama untuk cukup muat ke dalam ruang antara penggiling. Maka, bahagian luarnya tampak menggilap manakala bahagian dalamnya kelihatan kusam sebelum kedua-dua kepungan tersebut dipisahkan. Foil mungkin mempunyai lapisan tidak melekat pada hanya satu pihak.[2] Daya pemantulan kerajang aluminium yang lebih licin ialah 88% manakala kerajang yang lebih kusam mempunyai daya pemantulan sebanyak kira-kira 80%.[3]

Kegunaan sunting

Pembungkusan aluminium digunakan atas kebolehannya melindungi bahan-bahan makanan dan farmaseutikal daripada cahaya dan oksigen yang boleh menguraikan kandungan lemak sehingga melepaskan bau tengik, kelembapan dan bakteria serta bau-bauan yang menjejaskan rasa kandungan tersebut. Ia juga digunakan dalam kaedah barbeku makanan yang lembut,[4] seperti cendawan dan sayuran.

Kerajang ini turut digunakan sebagai bahan penebat; yakni sebagai pengadang atau pemantul radiasi, penukar haba (bersifat mengalirkan haba) mahupun sebagai pelapik wayar (menebat dan mengalirkan elektrik).

Rujukan sunting

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2016. Dicapai pada 20 Mac 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ "Frequently Asked Questions" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Oktober 2014. Dicapai pada 24 Ogos 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Hanlon, J. (1992). "3: Films and Foils". Handbook of Package Engineering Lancaster, Pennsylvania, and Technomic Publishing (ed. pertama). ISBN 0-87762-924-2.
  4. ^ Said, Olivier; MikeC, Chef (22 November 2011). Kitchen on Fire!: Mastering the Art of Cooking in 12 Weeks (or Less) (dalam bahasa Inggeris). Da Capo Press. ISBN 9780738214535. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting