Kereta kebal LT vz 35

Kereta kebal LT vz 35 merupakan kereta kebal ringan buatan Czechoslovakia.

Panzerkampfwagen 35(t)
Panzer 35(t) di Muzium Tentera Belgrade.
Jeniskereta kebal ringan
Tempat asalCzechoslovakia
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1936—50?
Digunakan olehCzechoslovakia
Jerman Nazi
Kerajaan Romania
Republik Slovak (1939–1945)
Kerajaan Bulgaria
Kerajaan Hungary
PerangPerang Dunia Kedua
Sejarah pengeluaran
PerekaSkoda
Direka1934—36
PengeluarSkoda, ČKD
Kos unit741,868 or 745,068 Czechoslovak koruna
Dihasilkan1936—40
Jumlah dibina434
AnekaT-11, TACAM R-2
Spesifikasi (Panzerkampfwagen 35(t))
Berat10.5 tonne (10.3 long ton; 11.6 short ton)
Panjang4.90 meter (16.1 ka)
Lebar2.06 meter (6.8 ka)
Tinggi2.37 meter (7.8 ka)
Krew4

Armor8–35 milimeter (0.31–1.38 in)
Senjata
pertama
3.7 cm KwK 34(t) gun
Senjata
kedua
2 x 7.92 mm MG 37(t) machine gun
Enjin4-silinder, sejukan air Škoda T11/0 petrol
120 horsepower (89 kW)
Kuasa/berat11 hp/tonne
Transmisi6 x 6
Sistem ampaianleaf spring
Kapasiti minyak153 liter (40 US gal)
Jarak
operasi
120 kilometer (75 bt)[1] or 190 kilometer (120 bt)[2]
Kelajuan34 kilometer per jam (21 mph)

Pada Oktober 1934 tentera Czechoslovakia membuat tempahan bagi dua prototaip bagi kereta kebal serdahana yang dikenali sebagai S-ll-a (atau I'-ll) yang disiapkan pada tahun berikutnya, ujian Tentera dengan kenderaan ini bermula pada Jun 1935 dan ia telah mendedahkan banyak kecacatan pada kereta kebal tersebut akibat pembangunan kereta kebal secara tergesa-gesa. Tanpa menunggu kecacatan ini diperbaiki sepenuhnya, tempahan diberikan bagi kumpulan pertama 160 kenderaan pada Oktober 1935, dan pada lima kenderaan pertama dihantar pada tahun berikutnya. Begitu banyak kecacatan dijumpai pada kenderaan ini sehinggakan ia dipulangkan pada Skoda bagi pengubahsuaian.

Kumpulan lanjutan 138 ditempah bagi tentera Czechoslovakia, yang memanggilnya LT vz 35, sementara Romania menempah 126 buah di bawah nama R-2. Perlahan-lahan kebanyakan kecacatan diatasi dan kenderaan itu mendapat reputasi yang baik. Pihak Jerman mengambil alih kenderaan yang tinggal di bawah nama Panzerkampfwagen 35(t), dan tambahan 219 dibina khusus bagi tentera Jerman di kilang Skoda. Pada masa itu tentera Jerman mengalami kekurangan kereta kebal yang begitu meruncing sehinggakan Divisen 6th Panzer dilengkapi dengan PzKpfw 35(t) tepat pada masa bagi menyertai penjajahan Perancis pada tahun 1940. Ini berterusan sehingga 1942 apabila kebanyakn darinya ditukar bagi peranan lain seperti terktor bermotor (panggilan Jerman Mörserzugmittel), trektor artileri (panggilan Jerman Zugkraftwagen) atau kenderaan penyelenggaraan dengan battalion kereta kebal. Ia jarang disedari bahawa Czechoslovakia merupakan pengeksport kenderaan berperisai dan penggerak utama artileri sebelum Perang Dunia Kedua, dengan jualan dibuat pada Austria, Bulgaria, Hungary, Latvia, Peru, Romania, Sweden, Switzerland dan Turki.

Badan LT vz 35 dibina dengan menggunakan teknik rivet dengan pelbagai ketebalan dari 12mm (0.47 in) sehingga maksima 35mm (1.38m). Jurumesingan badan terletak dihadapan kenderaan disebelah kiri dan mengendali mesingan 7.92-mm (0.31-in) ZB vz 35 atau ZB vz 37, dengan pemandu disebelah kanannya. Komander/jurutembak dan pemuat/pengendali radio duduk di turret dua orang di tengah badan. Senjata utama terdiri dari meriam 37.2-mm Skoda vz 34 dengan mesingan 7.92-mm (0.31-in) ZB 35 atau 37 bertenggek sejajar di sebelah kanan. Jumlah keseluruhan 72 peluru bagi 37 mm dan 1,800 peluru bagi amunisi mesingan di bawa.

Enjin dan transmisi terletak di bahagian belakang badan, transmisi terdiri dari satu gear undur dan enam kehadapan. Sistem gantungan di kedua belah terdiri dari lapan roda kecil jalan (dua setiap bogi), dengan pemandu sproket di belakang, dan idler di hadapan; terdapat empat trek penggolek kembali.

Satu ciri luar biasa kereta kebal adalah transmisi dan stering dibantu oleh udara mampat bagi membantu mengurangkan kepenatan pemandu, dengan itu membolehkan kereta kebal bergerak jarak jauh pada kelajuan tinggi, Masalah dihadapi dengan sistem ini apabila kereta kebal ini dikendali oleh Jerman di Medan Timur disebabkan suhu amat sejuk. Ini tidak dapat ditangani oleh sistem tersebut yang tidak direka bagi menghadapinya.


Nota sunting

  1. ^ Kliment and Francev, p. 286
  2. ^ Chamberlain and Doyle, p. 42


Pautan luar sunting