Kes Bushel (1670) ialah sebuah keputusan mahkamah Inggeris yang termasyhur tentang peranan para juri.

Kes ini berasal daripada sebuah kes terdahulu yang dua orang quaker, William Penn dan William Mead, dituduh kerana perhimpunan menyalahi undang-undang. Pada Ogos 1670, kedua-dua orang quaker ini mencabar Akta Konventikel yang menyekat sesetengah amalan keagamaan.

Hakim tersebut mempertanggungjawabkan juri supaya "tidak bersurai sehingga kita menerima keputusan yang dapat diterima oleh mahkamah". Apabila para juri memutuskan untuk membebaskan kedua-dua quaker itu daripada tuduhan, hakim tersebut tidak sanggup menerima keputusan mereka dan menghantar mereka balik untuk membuat keputusan baru serta mendenda mereka. Edward Bushel, salah seorang juri, enggan membayar denda dan oleh itu, si hakim mengugutnya bahawa "kamu akan dikurung tanpa daging, minuman, api, dan tembakau. Kamu harus tidak berfikir sedemikian untuk menyalahgunakan mahkamah; kami akan mempunyai keputusan dengan bantuan Tuhan atau kamu akan kebulur kerananya."

Bushel mengemukakan tuntutan terhadap mahkamah itu di dalam Mahkamah Rayuan Biasa. Mahkamah Rayuan itu memutuskan bahawa hakim tersebut telah membuat keputusan yang salah ketika beliau menolak keputusan juri, dan menegaskan bahawa para juri tidak boleh dipaksa.

Templat:Case-law-stub