Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak

sebuah bada bukan kerajaan (NGO) di Malaysia


Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (Jawi: كساتوان ڤلاجر-ڤلاجر اسلام ڤيراق, Bahasa Inggeris: Perak Muslim Students Union, disingkatkan sebagai KPIP) merupakan sebuah bada bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. KPIP pada penubuhannya merupakan persatuan tunggal di negeri Perak dan sah di sisi undang-undang.

Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak
كساتوان ڤلاجر-ڤلاجر اسلام ڤيراق
Perak Muslim Students Union
KPIP
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan Bukan Kerajaan
Tapak web
Facebook: ABIM.Malaysia Instagram: kpip_official<br Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan29 Oktober 1965; 58 tahun yang lalu (1965-10-29) di Sekolah Al ‘Ulum Syar’iah
PengasasTuan Haji Mohamed Hilmi Bin Haji Abdullah
Pengurusan
Yang DipertuaAhmad Syahir Bin Abdul Razak
Timbalan Yang Dipertua

Naib Yang Dipertua
Md Aiman Faqih Bin Mohd Rohaizimi

1. Muhammad Hafiz Bin Shaimi
2. Ahmad Syafiq Bin Abdul Razak
3. Muhammad Faris Idzmad Bin Abdillah
Setiausaha AgungAzhariza Najwa Binti Abdul Razak
Ketua Hal Ehwal Siswi (HEWI)Aida Natasya Binti Yusuf
GabunganPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Majlis Belia Negeri Perak
Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak
Lokasi
Ibu pejabatNo. 11 & 12, Jalan Dato Seri Shaari, 30350 Ipoh, Perak
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah Penubuhan sunting

Pada awal bulan Oktober 1965, sebuah jawatankuasa kecil penaja telah dibentuk dengan Tuan Haji Mohamed Hilmi telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja, Allahyarham Nordin Jalal sebagai setiausaha, saudara Abdul Rahim sebagai bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa.

Bagi tujuan memudahkan KPIP ini diterima pendaftarannya oleh Jabatan Pertubuhan Negara, pihak jawatankuasa penaja KPIP telah memilih Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Johor (KPIJ) sebagai undang-undang tubuh bagi KPIP. Hal ini kerana Jawatankuasa Penaja KPIP pada masa itu melihat KPIJ sebagai sebuah pertubuhan yang aktif dan cergas. Meskipun terdapat pelbagai perkara di dalam Undang-Undang Tubuh Perlembagaan KPIJ yang dilihat kurang sesuai dengan KPIP seperti keahlian, kongres, mesyuarat agung dan sebagainya, perkara tersebut boleh dbuat pindaan dan tambahan kemudian setelah pihak KPIP diluluskan pendaftarannya.

Pada tarikh 29 Oktober 1965, sempena dengan Minggu Pendidikan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak dan Mesyuarat Agung Persatuan Guru-Guru Agama Rakyat Negeri Perak (PEGEMAR), berlangsunglah cita-cita murni yang abadi bagi KPIP dengan perasmian serentak iaitu, Majlis Perasmian Penubuhan Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) dan Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Guru-Guru Agama Rakyat Negeri Perak (PEGEMAR) yang disempurnakan oleh Almarhum Dato’ Haji Mior Ariff Mior Alwi, orang Kaya-Kaya Shah Bandar Ulu, Yang Di-Pertua Jabatan Ugama Islam Negeri Perak.

Sekolah Al ‘Ulum Syar’iah Batu 20, Bagan Datoh, Perak, adalah tempat lahir dan tertubuhnya KPIP dalam suasana yang indah dan meriah yang dihadiri ramai para pelajar dna para ulama serta jawatnkuasa sekolah-sekolah agama rakyat negeri Perak dan beberapa orang tokoh dengan cogan kata “HIDUP ISLAM”.

Mesyuarat penubuhan KPIP dilangsungkan di Dewan Sekolah Al ‘Ulum Syar’iah. Tuan Haji Mohamed Hilmi telah memimpin mesyuarat dan mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan yang tinggi dan terima kasih kepada pelajar-pelajar dan beberapa orang tetamu yang memberikan perhatian utama dan minat yang besar kepada penubuhan KPIP. Salinan Undang-Undang Tubuh KPIP telah diedarkan untuk panduan dan perbincangan. Setelah perbincangan, mesyuarat telah bersetuju sebulat suara menubuhkan KPIP dengan cogan kata “HIDUP ISLAM”. Pada sesi pemilihan jawatankuasa, Tuan Haji Mohamed Hilmi telah dipilih sebulat suara tanpa pertandingan sebagai Yang Dipertua KPIP yang pertama dengan Allahyarham Nordin Jalal sebagai Setiausaha Agung dan Saudara Abdul Rahim sebagai Bendahari, serta seramai 14 orang ahli jawatankuasa.

Sejak penubuhannya, KPIP aktif dalam pembangunan ummah dan lapangan kerja kemasyarakatan. Penubuhannya amat peka kepada keluhuran akhlak tinggi, kesedaran ilmu, Islam sebagai ad-din dan memacu golongan muda-mudi dengan tarbiyah dan pekerti yang mulia. KPIP sentiasa sensitiff dalam menyubur perkembangan budaya ilmu.

 
Perkampungan Menara Gading (PMG) yang mengumpulkan pelajar lepasan SPM untuk diberi pendedahan alam mahasiswa.

Program yang dijalankan banyak tertumpu kepada pendidikan, kempipinan, pentarbiyahan agama, dakwah, latihan dan motivasi yang membina keterampilan diri. Antara pengisian program KPIP yang dijayakan seperti Latihan Asas Dedikasi Islam (LADI), Latihan Dedikasi dan Kepimpinan (LDK), Program Seronok Sains dan Matematik (PROSIM), Kem Imam Muda dan Muslimah Solehah (KIMMS) dan Perkampungan Menara Gading (PMG).

Di peringkat negeri, KPIP merupakan gabungan belia di bawah Majlis Belia Negeri Perak dan di peringkat kebangsaan, kesatuan ini merupakan badan gabungan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Identiti sunting

Misi KPIP sunting

Menjadi kesatuan unggul yang memartabatkan Islam serta mensejagatkan insan beracuan ilmu, pedoman dan berketrampilan diri.

Visi KPIP sunting

Ke arah menjadikan KPIP sebagai sebuah pertubuhan belia/pelajar Islam yang mampu menyuburkan semangat dakwah dan ukhuwwah, keilmuan, kesukarelaan, dan kesederhanaan, mampu menyediakan alternatif dan perkhidmatan kepada masyarakat serta sebagai rakan pembangunan negara yang aktif melalui penyuburan dan pembinaan ahli dengan modul yang tersusun, terkini, praktikal dan mengambil kira tahap pemikiran ahli.

Matlamat KPIP sunting

  1. Menjadi badan yang mewakili dan menyatukan pelajar-pelajar Islam di negeri Perak yang memperjuangkan cita-cita Islamiyah.
  2. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan memahami prinsip-prinsip Islam dan menerima sepenuhnya sistem hidup Islam.
  3. Menyemai ikatan ukhuwwah di kalangan ahli.
  4. Memimpin pelajar/belia ke arah penghayatan nilai-nilai Islam.
  5. Memelihara dan mempertahankan hak dan kehormatan ahli.
  6. Memenuhi kekurangan penyebaran dakwah di kalangan pelajar/belia dengan perlaksanaan pelbagai aktiviti.
  7. Mengumpul sejumlah wang demi menjayakan misi dan memberi khidmat bantuan kepada pelajar/belia.

Entiti Pendidikan sunting

Pendidikan merupakan teras kekuatan KPIP sejak lahirnya pertubuhan ini. Keupayaan KPIP dalam pembangunan pendidikan ini boleh dilihat dalam tiga peringkat iaitu rendah, menengah dan tinggi. Dengan kejituan modular komprehensif yang terancang, terhasillah program pendidikan Pusat Pelajar Islam (PPI), Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM) dan Kolej Perak.

 
Pusat Pelajar Islam KPIP terletak di Jalan Kelab Golf, Ipoh, Perak

PPI merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan di bawah KPIP dan ditubuhkan pada 2 Mei 1991 dalam merealisasikan citra kepimpinan dan pendukung-pendukung KPIP dalam menyemarakkan ilmu dan pendidikan yang mapan kepada pelajar-pelajar.

PPSM di ilhamkan pada 23 Februari 2013 bagi menyemai ilmu yang bermanfaat kepada generasi pelajar hari ini. PPSM sebagai sebuah pusat perkembangan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam subjek Sains dan Matematik.

 
Pusat Pintar Sains dan Matematik KPIP yang terletak di Jalan Dato’ Seri Sha’ari, Ipoh, Perak

Atas inisiatif barisan kepimpinan dan pendukung KPIP, penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi digasaskan dalam menyemarakkan pusat pendidikan ilmu yang mapan dan seimbang. Jawatankuasa Penaja Penubuhan Kolej Perak ini telah merancang objektif, misi dan kandungan serta kursus bagi intipati IPT ini. Program yang bakal ditawarkan dijuruskan dalam pengajian peringkat Sijil dan Diploma yang menyediakan peluang belajar dalam bidang Pengajian Islam, Sains Halal, Keusahawanan, Kepimpinan dan Pengurusan, Ekonomi dan Muamalat, Teknologi Maklumat di samping kursus-kurus memantap penguasaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Anugerah dan Pencapaian sunting

KPIP merupakan sebuah pertubuhan yang mampu bersaing di peringkat negeri, kebangsaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Antara pencapaian dan kejayaan KPIP adalah seperti berikut ;

  1. Johan Anugerah Perdana Persatuan Belia Peringkat Negeri Perak 2008 – Kategori Persatuan
  2. Johan Anugerah Belia Negara 2008 – Kategori Anugerah Perdana Pertubuhan Belia
  3. Johan Commonwealth Youth Silver Awards 2008
  4. Johan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2013 – Kategori Pertubuhan Belia

Senarai Yang Dipertua KPIP sunting

  1. Tuan Haji Mohamed Hilmi Bin Haji Abdullah (1965-1972)
  2. Ustaz Mohd Sofian Bin Muhammad (1972-1973)
  3. Tuan Haji Mahyuddin Bin Shaari (1974/1975)
  4. Dato’ Haji Yusof Bin Harun (1975-1977)
  5. Tuan S.S. Dato’ Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh (1977/1978)
  6. Tuan Haji Abdul Halim Bin Ismail (1978-1981)
  7. Tuan Ahmad Fadzil Bin Alias (1981-1984)
  8. Prof. Madya Dr. Haji Azmi Shah Bin Suratman (1984/1985)
  9. Tuan Haji Abdul Rahman Najib Bin Haji Mohd Noor (1985/1986)
  10. Ustaz Mohamd Tarmizi Bin Abd Hamid (1986/1987)
  11. Dato’ Abibullah Bin Haji Samsudin (1987-1989)
  12. Tuan Mohamad Bin Jaafar (1989-1992)
  13. Tuan Haji Ahmad Bin Abdullah (1992-1997)
  14. Tuan Rostam Bin Abd Razak (1997-1999)
  15. Tuan Mustaffa Bin Bakar (1999-2001)
  16. Dr. Mohd Azhar Bin Bahari (2001-2003) (2005/2006)
  17. Ustaz Khairul Anwar El Syazalli Bin Musa (2003/2004)
  18. Tuan S.Samprizal Bin Selamat (2004/2005)
  19. Tuan Zamri Bin Arifin (2006-2010)
  20. Tuan Ahmad Shah Bin Haji Mohamad Salleh (2010-2013)
  21. Ustaz Kharil Amri Bin Abdul Rahman (2013-2018)
  22. Saudara Abdul Aziz Hanzalah Bin Mohd Zawawi (2018-2020)
  23. Saudara Ahmad Syahir Bin Abdul Razak (2020-Kini)

Alamat surat-menyurat sunting

Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak
No. 11&12, Jalan Dato Seri Shaari,
30350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
E-mel: [[1]]
Facebook : https://www.facebook.com/kpip1965/
Instagaram : https://www.instagram.com/kpip_official