Achik & Nana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AyyanD (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
Ketika masih bersekolah menengah, Achik dan Nana sering bergandingan dalam persembahan duet di majlis kenduri kahwin dan pertandingan karaoke sekitar [[Negeri Sembilan]]. Namun mereka tidak pernah merancang untuk ke dunia rakaman sebagai penyanyi duo sebaliknya masing-masing mengejar kerjaya muzik sendiri. Duo ini kembali terbentuk pada tahun 2000 apabila Achik yang juga vokalis kumpulan [[kumpulan Spin|Spin]] mengundang Nana yang ketika itu sedang memajukan kerjaya muziknya secara solo. Mereka bergandingan dalam lagu "Gurauan Berkasih" ciptaan Patrick Kamis. Seterusnya sebagai balas, Nana mengundang Achik untuk berduet sebuah lagu dalam album keduanya ''[[Luahan Hati Kekasih]]'' menerusi lagu "Restu". Ekoran sambutan positif mereka berduet dalam dua buah lagi lagu iaitu "[[Memori Berkasih]]" dan "Resepi Berkasih" yang dimuatkan dalam album kumpulan Spin.
 
===2003–2010: Puncak populariti dan kematianpemergian Achik===
Pada 15 Jun 2003, pihak FMC melancarkan album duet pertama mereka yang berjudul ''[[Istimewa Untukmu]]'' yang sekaligus meletup dan mendominasi pasaran muzik pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 100,000 unit. Single pertama berjudul "[[Paling Comel]]" ciptaan [[Aidit Alfian]] berjaya mencecah tangga pertama carta di kebanyakan stesen radio manakala beberapa lagi lagu seperti "Adat Berkasih" dan "Sabar Menanti" juga tidak kurang hebat popularnya.<ref>{{cite news|url=http://www.bharian.com.my/Entertainment/BiPop/Muzik/20030725121347/index_html|title=Sesuai bagi pasangan kekasih|work=Bintang Popular|publisher=[[Berita Minggu]]|date=27 Julai 2003|accessdate=22 Mac 2018|archive-url=https://web.archive.org/web/20031205172002/http://www.bharian.com.my/Entertainment/BiPop/Muzik/20030725121347/index_html|archive-date=2003-12-05|url-status=dead}}</ref> Populariti Achik dan Nana terus unggul apabila dicalonkan untuk kategori [[Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH)|Artis Duo dan Berkumpulan Popular]] di [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003]]. Pada tahun sama, mereka diundang oleh [[Radio Televisyen Malaysia]] (RTM) untuk menjayakan persembahan dalam rancangan ''Hiburan Minggu Ini'' (HMI).<ref>{{cite news|url=http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Hiburan/20031002070702/Article/|title=Nana, Achik bawa mainan cinta di skrin|publisher=[[Berita Harian]]|date=2 Oktober 2003|accessdate=19 April 2014|url-status=dead}}</ref> Mereka berdua kemudian digandingkan sekali lagi dalam rancangan sama pada Mac 2004.<ref>{{cite news|url=http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Hiburan/20040317073622/Article/|title=Nana, Achik berganding lagi dalam HMI|author=Nurulhisham Abdul Latiff|publisher=[[Berita Harian]]|date=17 Mac 2004|accessdate=19 April 2014|url-status=dead}}</ref>