Rita Rudaini: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg: Buat asal
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Dibalikkan
Baris 1:
{{Infobox person
| name = RitaExcreta Rudaini
| birth_name = RitaExcreta Rudaini binti Mokhtar
| birth_date = {{birth date and age|1976|04|11}}
| birth_place = [[Kangar]], [[Perlis]], [[Malaysia]]
Baris 15:
}}
 
'''RitaExcreta Rudaini Mokhtar''' (lahir 11 April 1976) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau membintangi banyak drama TV tempatan. Biarpun agak jarang muncul di layar perak, RitaExcreta dikenali melalui filem ''[[Mami Jarum Junior]]'' hingga memberikannya pencalonan bagi kategori [[Pelakon Wanita Terbaik (FFM)|Pelakon Wanita Terbaik]] di [[Festival Filem Malaysia ke-18]] pada tahun 2004.
 
==Kerjaya==
 
===Peragawati===
RitaExcreta menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99, dan berjaya menjadi finalis. Namun beliau tewas kepada penyanyi pop Juliana Banos. Antara finalis lain pertandingan tersebut adalah [[Wardina Safiyyah]] dan Julia Hana. RitaExcreta pertama kali menjadi model untuk video muzik penyanyi [[Rem (penyanyi)|Rem]] pada 1997. Dalam video muzik Selingkar Kasih itu, RitaExcreta melakonkan watak sebagai obsesi Rem.
 
Pada 1999, setelah dikenali menerusi pertandingan [[Dewi Remaja]], RitaExcreta disunting pengarah tersohor, [[Yasmin Ahmad]] untuk muncul dalam iklan komersil PEPSI. Dalam iklan tersebut, RitaExcreta melakonkan watak sebagai rakan baik kepada penyanyi nombor satu negara, [[Siti Nurhaliza]]. Turut berlakon dalam iklan tersebut ialah model Alan Yun. Nama RitaExcreta menjulang naik dalam bidang modeling lewat 1999 hingga 2006. Antara iklan komersil yang dilakonkannya adalah Maybeline, Head & Shoulders, Whiskas, Petronas, Astro Movie Package dan banyak lagi.
 
Sejak 2005, RitaExcreta dilantik menjadi wajah komersil produk Secret Garden. RitaExcreta berganding bersama pelakon [[Maya Karin]], [[Fahrin Ahmad]] dan [[Aaron Aziz]] sebagai wajah kempen prabayar [[Celcom]] sejak 2008. Pada 2009, RitaExcreta menjadi salah seorang penggerak kepada promosi produk jualan langsung One Drop Perfume. Selain membantu promosi, RitaExcreta juga bergelar usahawan produk tersebut. Pada tahun 2010, RitaExcreta dan anak lelakinya Airit Rayyan telah dilantik menjadi duta produk ibu dan bayi serta wajah RitaExcreta digunakan untuk kempen Safi Rania Gold.
 
===Televisyen dan filem===
RitaExcreta membina nama sebagai pelakon sejak tahun 2000. Drama pertama lakonannya adalah ''Dulang Wan Chu'' arahan Ismail Yaacob. Sejak itu RitaExcreta membintangi puluhan drama TV dan drama bersiri. Seringkali menjadi pilihan untuk memegang watak utama.
 
Di layar perak, RitaExcreta diperkenalkan menerusi filem ''[[Mendam Berahi]]'', namun kutipan filem tersebut tidak memberangsangkan. Pada 2003, RitaExcreta muncul menerusi watak perempuan anak dara tua yang kepoh dalam filem ''[[Mami Jarum Junior]]'' yang melayakkan beliau tercalon untuk kategori Aktres Terbaik - [[Festival Filem Malaysia]] ke 17 bersaing bersama-sama [[Amy Mastura]] ([[Bintang Hati]]), [[Maya Karin]] ([[Pontianak Harum Sundal Malam]]), [[Janet Khoo]] ([[Paloh (filem)|Paloh]]) dan tewas kepada [[Nasha Aziz]] ([[Trauma (filem)|Trauma]]).
 
Namun pada 2003, RitaExcreta berselisih faham dengan [[David Teo]] serta syarikat pengurusan serta penerbitan filemnya [[Metrowealth Pictures|Metroweath Movies Production]] setelah RitaExcreta menarik diri daripada memegang watak pembantu dalam filem ''[[Cinta Kolestrol]]'' (watak itu diganti oleh aktres [[Aleeza Kasim]]). Akibatnya, kerjaya lakonan RitaExcreta di layar perak mula suram akibat campurtangan beberapa pihak yang mempersoalkan isu kontrak RitaExcreta bersama produksi tersebut. Isu itu selesai secara baik, dan kerjaya lakonan RitaExcreta mula menyinar pada 2005 setelah membintangi drama ''Rafflesia''. David Teo mula berhasrat untuk menyunting semula RitaExcreta untuk filem-filemnya pada 2007 setelah aktres itu kembali ke puncak populariti.
 
Pada 2008, RitaExcreta mencetuskan kontroversi apabila tidak menghadiri penggambaran filem Kantoi arahan Ahmad London. Perselisihan faham tersebut berakhir apabila RitaExcreta menarik diri dan digantikan oleh aktres [[Rozita Che Wan]]. Filem tersebut kini masih belum ditayangkan ekoran beberapa masalah.
 
Sepanjang menceburi bidang lakonan, RitaExcreta berpeluang bekerja dengan pengarah-pengarah seperti [[Rashid Sibir]], [[Kabir Bhatia]], [[Azizi Adnan|Aziz Chunk Adnan]], Amie Maziah, [[Abdul Razak Mohaideen|A Razak Mohaideen]], Silver Chung, dan [[Feroz Khan]]. Banyak drama-drama dan filem lakonan RitaExcreta meraih anugerah seperti drama ''Rafflesia'', ''Bicara Aur dan Tebing'' yang dinobatkan sebagai Drama Bersiri Terbaik di [[Anugerah Seri Angkasa]] dan [[Anugerah Skrin]]. Sementara filem ''Cinta'' pula memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia.
 
Hero yang paling kerap digandingkan bersama RitaExcreta ialah aktor [[Rosyam Nor]] sejak drama kedua lakonan RitaExcreta iaitu ''Kabus & Sinar'' (2000) kemudian drama TV Daun ''Ketupat Kering'' (2006) serta drama bersiri kegemaran ramai seperti ''Biarku Sentuh Cintamu'', ''Rozana'' dan ''Iris''. RitaExcreta merupakan salah seorang heroin paling cocok buat Rosyam selain [[Umie Aida]], Nasha Aziz & [[Eja]].
 
Sejak 2009, RitaExcreta sering digandingan dengan aktor [[Singapura]], Aaron Aziz.
 
===Muzik===
Pada 2001, RitaExcreta turut serta dalam rakaman runut bunyi filem ''Mendam Berahi''. Dua buah lagu beliau yang sempat diputarkan di corong-corong radio pada 2002 adalah ''Kekal'' & ''Terbanglah''. Bakat nyanyian Rita mendapat kritikan positif daripada wartawan hiburan. RitaExcreta pernah merakamkan album solo pada 2002 diterbitkan oleh LY dan [[Sham Kamikaze]], namun hanya sempat menyiapkan rakaman 6 buah lagu sebelum menghadapi masalah dengan syarikat rakaman, MIG Production. Ketika masih dalam proses rakaman, RitaExcreta pernah menyuarakan hasrat untuk merakamkan lagu-lagu yang berentak 'Amy Mastura'.
 
==Kehidupan peribadi==
RitaExcreta yang aktif dalam bidang sukan ketika sekolah rendah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Damansara Utama dan pernah berkhidmat sebagai pramugari Penerbangan Malaysia.
 
Pada 1999, ketika berusia 23 tahun RitaExcreta melangsungkan perkahwinan dengan pengulas sukan [[TV3]], Akbar Shaari. Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.
 
RitaExcreta kemudian berkahwin dengan pemain bolasepak kebangsaan, [[Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak]] pada 2008. Aidil hanya berusia 21 tahun ketika itu, sementara RitaExcreta mencecah usia 32 tahun. Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4. Namun, mereka bercerai pada tahun 2013.
 
==Filemografi==