Kim Ga-ram

Kim Ga-ram ialah penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, beliau lahir di Sangju, Korea Selatan pada tarikh 16 November 2005, Kim Ga-ram merupakan ahli kumpulan kepada kumpulan penyanyi terkenal dari Korea Selatan iaitu La Serafim

Kim Ga-ram (김가람; lahir 16 November 2005; umur 18 tahun) ialah penyanyi asal Korea Selatan.

Kim Garam atau Garam lahir di Sangju, Korea Selatan. Garam merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Ia mempunyai kakak yang lahir pada 2003, dan adik lelaki yang lahir pada 2015. Ga-ram bersekolah di Sekolah Rendah Gaebong di Seoul dan Sekolah Rendah Geonguk serta Sekolah Menengah Gyeongin. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan di Seoul Performing Arts High School (SOPA) di mana beliau meneruskan pengajian dalam kursus teater dan filem sebelum menjadi ahli LE SSERAFIM.[1]

Karier sunting

Garam memulakan debutnya dengan LE SSERAFIM pada 2022 ketika usia 16 tahun. Pada 5 April, Garam diperkenalkan sebagai ahli kedua LE SSERAFIM. Mereka berdebut pada 2 Mei 2022 dengan mini album Fearless.

Kes buli sunting

Walau bagaimanapun, satu isu terbit tidak lama kemudian ketika maklumat-maklumat didedahkan oleh warganet Korea berkenaan dakwaan-dakwaan kes buli dan perbuatan tak senonoh yang pernah dilakukan Garam ketika di sekolahnya. Sebagai tindak balas, pihak agensinya mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan itu adalah palsu, dan Garam adalah mangsa kes buli, serta tindakan undang-undang sedang dilakukan.[2][3] Pada Mei, pihak Source Music menyatakan bahawa mereka sedang merehatkan Garam buat seketika akibat trauma psikologi yang diterimanya susulan kes tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ https://tirto.id/kasus-kim-garam-fakta-soal-bully-profil-idol-dari-agensi-mana-gsbQ
  2. ^ Baek Ji-eun (2022-04-06). "[공식] 하이브 "르세라핌 김가람 학폭 피해자…과거 논란 無선처 법적대응"(전문)". Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-02. Dicapai pada 2022-05-02.
  3. ^ Sani (2022-04-06). "HYBE新女團LE SSERAFIM成員金佳藍未出道先爆爭議:網友PO照稱品行不端,所屬社反駁「她才是受害者」". KSD 韓星網 (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-08. Dicapai pada 2022-05-02.