Kimbal Reeve Musk (lahir 20 September 1972) ialah usahawan Afrika Selatan yang membantu mendirikan, menyarankan, dan melabur di beberapa syarikat teknologi dan makanan. Beliau ialah pemilik The Kitchen Cafe, LLC, sekumpulan restoran masyarakat yang terletak di Boulder dan Denver. Beliau merupakan pengasas bersama The Kitchen Community, pertubuhan bukan untung 501(c)3 yang memperkenalkan kebun sayur luar ruangan bernama Learning Gardens ke halaman sekolah dan ruang awam di seluruh Amerika Syarikat.[1] Musk juga merupakan ahli lembaga Tesla Motors, SpaceX, dan Deming Center for Entrepreneurship Diarkibkan 2013-05-20 di Wayback Machine di Universiti Colorado di Boulder, The Anschutz Health and Wellness Center di Universiti Colorado, Denver, dan Chipotle Mexican Grill.[2] Beliau ialah adik kepada usahawan, Elon Musk.

Kimbal Musk
Kimbal Musk
Kelahiran
Kimbal Reeve Musk

(1972-09-20) 20 September 1972 (umur 51)
Pretoria, Afrika Selatan
WarganegaraAfrika Selatan
Pusat pendidikanQueen's University (1995)
PekerjaanUsahawan
Saudara

Rujukan sunting

  1. ^ Padden, Caroline (29 October 2012). "Learning Gardens: Connecting Kids to Real Food". 5280 Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-11. Dicapai pada 2021-02-02.
  2. ^ http://www.denverpost.com/news/ci_23975683/chipotle-mexican-grill-names-kimbal-musk-board