Kolej Komuniti Rompin

Kolej Komuniti Romnpin merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sejarah Penubuhan sunting

Kolej Komuniti Rompin dibina pada tahun 2003 di tapak seluas 15 ekar dalam mukim Kuala Rompin dengan kos pembinaan sebanyak RM13.9 juta. Terdapat 7 blok bangunan yang termasuk blok pentadbiran, makmal dan bengkel.

Pada peringkat awal, Kolej Komuniti Rompin beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Endau-Rompin dan telah berpindah ke kampus tetap di Km5, Jalan Rompin-Pekan mulai bulan Ogos 2004. Kolej ini telah mula mengambil pelajar pertamanya pada seisi Jun 2003. Sebagaimana Kolej Komuniti yang lain, Kolej Komuniti Rompin ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki pasaran tenaga kerja.

Visi sunting

Menjadi pusat perkembangan pendidikan dan kemahiran dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Misi sunting

Meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui program latihan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.

Moto sunting

"Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran"

Objektif sunting

·         Melaksanakan kursus yang dirancang dengan mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar menengah dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan:

·         Menganjurkan dan mewujudkan laluan alternative kepada lepasan menengah.

·         Menganjur dan menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan (learning communities).

·         Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) dan melatih semula (reskilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat.

·         Menyediakan rangkaian strategic untuk pengukuhan aktiviti sosioekonomi dalam kalangan pelangan setempat dan stakeholder.

Program Yang Ditawarkan sunting

Kini, Kolej Komuniti Rompin menawarkan kursus - kursus Sijil Kolej Komuniti Bermodular, SKK (M) :-

• Pemasangan Elektrik

• Operasi Perhotelan

• Kulinari

• Servis Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara

• Servis Kenderaan Ringan

Selain daripada itu, Kolej Komuniti Rompin juga menganjurkan kursus-kursus jangka pendek serta kursus dibawah Program Satu Malaysia bagi masyarakat setempat tanpa mengira usia dan bangsa untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta sosioekonomi mereka melalui pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah akses.

Struktur Kursus sunting

·         Tempoh minima kursus sijil ialah 2 tahun (4 semester) dan tempoh maksima 5 tahun (10 semester).

·         1 semester bersamaan 6 bulan.

Bayaran Yang Dikenakan sunting

Yuran Pengajian : RM 200.00 setiap semester pengajian.

Kemudahan Asrama sunting

Kolej Komuniti Rompin menyediakan asrama.

Bantuan Kewangan sunting

Pelajar layak memohon pinjaman Tabung Pinjaman Pelajaran KPTM atau bantuan Kewangan/ biasiswa/ pinjaman dari mana-mana penaja yang lain. Elaun sebanyak RM250 akan diberi kepada pelajar yang layak.

Syarat Kelayakan Masuk sunting

Calon mestilah WARGANEGARA Malaysia.

Lulus peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) atau SIJIL PELAJARAN MALAYSIA VOKASIONAL (SPMV) Lulus Bahasa Melayu.