Kolej Matrikulasi Selangor

Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) ialah Kolej Matrikulasi yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Selangor terletak di Banting, Selangor[1]

Kolej Matrikulasi Selangor
كوليج ماتريكولسي سلاڠور
Kolej Matrikulasi Selangor
Logo Kolej Matrikulasi Selangor
Logo Kolej Matrikulasi Selangor
MotoKualiti Melangkau Sempadan
JenisKolej Matrikulasi
Ditubuhkan pada2010
PengarahTuan Abu Mansor bin Sathri
Alamat
Kolej Matrikulasi Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia, Mukim Jugra
, ,
42700
,
Laman sesawangwww.kms.matrik.edu.my

Visi sunting

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2020.

Misi sunting

Membangunkan potensi diri dan raga bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan professional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Objektif sunting

  • Memastikan semua pelajar KMS layak memasuki program pilihan ijazah pertama di institusi pengajian tinggi
  • Memastikan sumber manusia KMS kompeten dan berkomitmen tinggi
  • Memastikan prasarana KMS terkini, selamat dan sedia digunakan
  • Membentuk generasi pelajar KMS yang berdaya saing, berdisiplin, berkemahiran insaniah dan berketerampilan

Sejarah Penubuhan sunting

Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) dijadualkan beroperasi pada bulan Mei 2010 dengan bermulanya sesi akademik 2010/2011. Kolej ini mula dibina pada awal 2008 dan merupakan kolej matrikulasi ke-13 di seluruh Malaysia di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kampus KMS terletak di kawasan seluas 90 ekar di Kampung Kathong, Mukim Jugra, Banting. Lokasi kampus ini ialah 7 km ke arah barat dari Bandar Banting, 55 km dari Kuala Lumpur, 20 km dari KLIA dan 40 km dari Putrajaya. Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi latihan dan pendidikan seperti Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti dan dikelilingi oleh beberapa bandar utama seperti Shah Alam (40 km), Kelang (30 km), Port Dickson (90 km) dan Morib (14 km).

Kemudahan & Fasiliti sunting

KMS boleh menempatkan seramai 3,000 orang pelajar secara full board di 5 blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan serta bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar terdapat 3 kafeteria yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar. Pelajar dan kakitangan KMS yang beragama Islam boleh melaksanakan aktiviti ibadah di sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah kampus yang boleh memuatkan lebihkurang 2,500 orang. Sebuah Pusat Pelajar juga dibina berhampiran bagi mengendalikan semua urusan berhubung hal ehwal pelajar yang akan menempatkan kaunselor, Penolong Pengarah Peperiksaan dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan ATM, kaunter HEP, kedai koperasi dan pusat aktiviti pelajar.

Bagi melaksanakan proses pengajaran, terdapat 6 buah dewan kuliah yang lengkap dengan peralatan LCD, skrin dan lain-lain yang boleh memuatkan antara 150 - 250 pelajar. Terdapat 52 bilik tutoran dengan 19 buah makmal sains untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat yang mengandungi 7 makmal komputer dan 3 makmal bahasa disediakan dengan talian internet, WiFi dan peralatan-peralatan lain yang terkini .

Bagi memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan untuk beriadah dan bersukan, pelbagai kemudahan dan peralatan disediakan. Ini termasuklah padang bola sepak, satu padang hoki, 3 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang tenis, 4 gelanggang bola tampar, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang skuash, 2 gimnasium dan satu dewan serbaguna.

KMS juga menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan seperti perkhidmatan dobi dan percetakan. TASKA untuk anak-anak pensyarah dan kakitangan juga beroperasi bagi memudahkan pensyarah dan kakitangan mendapatkan perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja.

Banting, bandar yang terletak di tepi Sg. Langat merupakan bandar terdekat dengan kampus KMS. 7 km jaraknya dari KMS pada kedudukan 2.8” utara dan 101.6” timur adalah bandar yang sedang pesat membangun akibat limpahan pembangunan yang rancak di sekitarnya seperti Putrajaya. Pembukaan KLIA juga memberi sumbangan hebat ke atas pembangunan Banting,  Rangkaian jalan raya yang baik disambungkan dengan beberapa bandar yang lain di sekitar seperti Morib, Shah Alam dan Klang.

Seiring dengan perkembangan pesat dan keperluan akses internet untuk pelajar, kemudahan WiFi disediakan disetiap asrama kediaman pelajar.

Rujukan sunting

  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.

Pautan luar sunting