Kontroversi Konsert Elton John 2011

Kontroversi Konsert Elton John 2011 muncul apabila penyanyi barat, Elton John hendak mengadakan konsert di Genting Highlands, Malaysia pada 22 November 2011. Kebiasaannya konsert penyanyi asing mendapat sambut luar biasa di Malaysia, tidak kiralah dari Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom dan sebagainya.[1] Biasanya juga kerajaan terus membenarkan konsert penyanyi asing dengan syarat ketat kepada penganjur seperti tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan dan bercium atau bercumbuan di atas pentas. Namun kali ini kontroversi timbul kerana penyanyi Britain itu telah secara terbuka mengaku dirinya seorang homoseksual dan telah 'mengahwini' pasangannya.

Akhirnya, konsert itu tetap diteruskan, dan Elton John menghiburkan kira-kira 6,000 pengunjung di Genting Highlands sebagaimana dijadualkan.[2]

Bantahan PAS sunting

Ketua Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz mendakwa penyanyi homoseksual dari Britain itu menggalakkan gaya hidup hedonisme. Elton John secara terbuka pernah mengakui dirinya ‘gay’ dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu.

Mereka merancang mengadakan demonstrasi di Genting, namun membatalkannya bagi menumpukan pada persediaan pilihan raya.[3]

Sokongan MCA sunting

Pada 28 Oktober 2011, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen kecewa dengan desakan Pemuda PAS supaya konsert Elton John dibatalkan. Diskriminasi hiburan ini akan menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia. Beliau juga menegaskan kerajaan hendaklah melindungi hak bukan Islam, sedangkan tindakan PAS ini mencerobohi hak orang bukan Islam.[1]

Insiden terdahulu sunting

  • Pada 10 Julai 2011, ada cubaan ‘memulaukan’ konsert Pancaindera di Fiesta Bera di padang, Majlis Daerah Bera.Konsert itu digelar Santai Pop Yeh-Yeh Pancaindera .[4]
  • Pada 1 Jun 2011, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengumpul tandatangan bagi membantah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meluluskan penganjuran konsert MTV World Stage di i-City ,Shah Alam pada 24 Julai 2011.[5] Kumpulan rock antarabangsa, 30 Seconds To Mars beraksi bersama kumpulan rock tempatan, Pop Shuvit.
  • Pada 13 Februari 2011, ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi agar menyiasat pengeluaran permit konsert Mohsen Namjoo dari Iran . Penyanyi sinonim dengan 'Bob Dylan' itu akan mengadakan persembahan di KLCC sempena sambutan Maulidur Rasul. Sedangkan Mahkamah Iran menjatuhkan hukuman penjara lima tahun pada 9 Jun 2009 kerana menghina Islam.[6]
  • Pada 5 Jun 2010, Konsert 1 Inul Daratista dari Indonesia di Sunway Hotel Resort & Spa, Petaling Jaya ditunda kerana bantahan ramai. Pengarah Apex Event Network, Nasir Abu Bakar menyatakan bantahan diterima dari orang ramai termasuk dari Wanita UMNO Kalabakan, Sabah.[7] Penyanyi asal Pasuruan, Jawa Timur itu sering dikaitkan dengan persembahan berbaur lucah da kurang bermoral.
  • Pada 14 Mei 2010, 500 penyokong Pas berhimpun di pekarangan Masjid Jamek Kampung Baru membantah Kabinet membenarkan lesen judi bola dan konsert Pitbull yang diadakan di Bukit Kiara.[8]
  • Pada 28 Septembr 2009, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu konsert penyanyi Beyonce pada 25 Oktober 2009 dibatalkan. [9]
  • Pada 26 Ogos 2008, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menyifatkan konsert Avril Lavigne bertentangan dengan semangat patriotisme.Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan bahawa Kabinet meluluskan konsert itu berdasarkan `budi bicara.[10]
  • Pada 24 Jun 2008,Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor akan meneruskan demonstrasi semasa perlawanan Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, 6 Julai 2008 jika persembahan konsert Ella dan Mas Idayu tidak dibatalkan.[11]
  • Konsert Sheila Majid di UM pada 10 September 1989 dibantah Persatuan Mahasiswa Islam UM(PMIUM) sempena Pesta Konvo.[12] 2000 demonstran bertindak mengadakan solat hajat dan membaca Asmaul Husna di Dewan Tunku Cancelor pada malam itu. 22 pemimpin pelajar ditangkap.[13]
  • Pada 25 Januari 1985 ,Konsert Malam Anak Desa bersama penyanyi Sudirman Haji Arshad di UKM mendapat bantahan dari Persatuan Mahasiswa UKM . Mereka menyifatkannya sebagai taghut dan kafir. Menteri Pelajaran ketika itu ialah Datuk Musa Hitam. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad terpaksa campur tangan .[14]

Rujukan sunting

  1. ^ a b MCA: Bantah konsert Elton John ceroboh hak bukan Islam malaysiakini
  2. ^ The Rocket Man woos 6,000 in Genting thestar online.
  3. ^ PAS Youth busy with polls, so Elton John spared thestar online.
  4. ^ Orang lemah sentiasa mencari salah orang lain
  5. ^ Petisyen bantah konsert MTV World Stage
  6. ^ Siasat permit konsert
  7. ^ Konsert Inul di Sunway ditunda berikutan bantahan ramai
  8. ^ Berhimpun: Pas bantah lesen judi bola dan konsert `Pitbull’
  9. ^ Badan pelajar Islam bantah konsert Beyonce[pautan mati kekal]
  10. ^ Pas terus bantah konsert Avril Lavigne
  11. ^ "Konsert: Pemuda Pas Selangor tetap bantah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2011-10-28.
  12. ^ Bantahan konsert Sheila Majid 1989
  13. ^ BUKAN TENTANG KONSERT[pautan mati kekal]
  14. ^ Sudirman tercabar di UKM[pautan mati kekal]