Kontroversi ucapan Mat Sabu 2011

Kontroversi ucapan Mat Sabu 2011 muncul berikutan ucapan pemimpin PAS, Mohamad Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011, kira-kira 10 hari sebelum ulang tahun kemerdekaan Malaysia . Petikan ucapan itu yang turut disiarkan dalam Youtube itu tentang pejuang atau pengganas terhadap Mat Indera dan 200 ahli Parti Komunis Malaya yang menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong di selekoh Sungai Muar pada 23 Februari 1950. [1]

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

Beliau berkata :

".....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu (orang) UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indra ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong..."

Peristiwa Bukit Kepong berlaku kira-kira tujuh tahun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dari penjajah British, tiga tahun selepas darurat diisytiharkan dan lima tahun selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia II. Kejayaan PKM di Bukit Kepong disusuli pembunuhan Pesuruhjaya British , Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 di Gap, Bukit Fraser. Rundingan Baling pada 28 Disember 1955 nyata gagal meredakan perjuangan komunis. Kemuncak ancaman komunis (1948-1960) memaksa British membawa dan melatih 500,000 tentera dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan menentang 7000 ahli PKM.

Ucapan Mat Sabu itu bukanlah perkara baru tetapi dibangkitkan sejak sekian lama. Malahan perubahan sukatan pelajaran di Jepun mencetuskan kontroversi hampir serupa di negara itu.

Mat Indera:Pejuang atau petualang sunting

Mat Indera adalah pemimpin 180 ahli, Rejimen ke-4, Parti Komunis Malaya yang menyerang dan membunuh 17 daripada 25 anggota polis (mata-mata) dan keluarga mereka kerana balai polis itu mulanya diketuai oleh seorang sarjan British, Ray Dancey .Kemudian Sarjan Jamil Mohd Shah mengetuai balai polis itu. Gerombolan komunis itu dipercayai dari kaum Cina yang dipimpin oleh Goh Peng Tun[perlu rujukan], tetapi dalam serangan ke atas Bukit Kepong, ia diketuai oleh Mat Indera[2] yang telah menyeru agar pihak polis menyerah agar tidak dibunuh.[3]. Balai itu diserang selama 5 jam dari subuh 5 pagi hingga 10 pagi. Sasaran utama Mat Indera ialah Raymond Dancey yang merupakan ketua Rumah Pasong Bukit Kepong dan ketika itu baru sahaja menamatkan perkhidmatan di Wilayah Naungan British, Palestin.Adakah Ran Dancey seorang Polis British atau Polis Malaya? [4]

Balai polis yang ketika itu disebut sebagai "rumah pasung" terdiri daripada 25 orang anggota polis (mata-mata istilah ketika itu). Mulanya , penduduk 20 buah rumah di Kampung Jawa dan Kampung Durian Chondong tidak sedar akan serangan itu kerana bunyi letupan disangka bunyi mercun. Penghulu Ali bin Mustaffa dari Kampung Tui dan orang kampung cuba membantu.

Pasukan Mat Indera berjaya menawan Mariam Ibrahim , isteri Konstabel Mohamad Jaafar dan mendesak agar polis menyerah diri. Tetapi rayuan itu tidak diendahkan.

Mat Indera berjaya ditangkap secara "muslihat" oleh orang Melayu sendiri. Beliau digantung di Penjara Ayer Molek, Johor Bahru.[5]

Mat Sabu mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak diagungkan sebagai pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British. Dakwanya, Dato Onn dan Tunku tidak mengangkat senjata menentang British. Dato Onn adalah datuk kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

British mengharamkan semua parti politik termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan PKMM.Pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin al-Helmi, Pak Sako dan lain-lain dipenjarakan. UMNO ditubuhkan pada 1946 pada saat Malayan Union hendak dibentuk.UMNO tidak diharamkan malah dijadikan wahana rundingan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan kemerdekaan 31 Ogos 1957 . Sekiranya pembangkang Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya, sejarah akan ditulis semula kerana sejarah dan sambutan merdeka hanya memihak dan menonjolkan pemimpin UMNO.

Biasanya menjelang sambutan kemerdekaan, akan disiarkan filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsuddin yang menggambarkan penyerang sebagai penjahat dan pengganas yang zalim dan anggota polis sebagai wira.Dalam filem itu tidak tersebut nama Mat Indera - seorang Melayu beragama Islam . Faktor-faktor Mat Indera terlibat dan latar belakang beliau tidak dipaparkan.

Bantahan dan laporan polis sunting

  • a 21 Ogos 2011: Mat Sabu membuat ucapan melabelkan Mat Indera sebagai hero. Bagaimanapun pada 28 Ogos, beliau menyatakan tidak ingat mengenai ucapannya katanya kepada akhbar Sinar Harian. [6]
  • 27 Ogos : Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang anak Langkau (67) melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis kerana mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.Sebagai penghasut, beliau patut dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah.[7]
  • 5 September : Berita Harian menyiarkan temubual dengan anak perempuan Allahyarham Koperal Abu Bakar Daud, salah seorang anggota polis yang cedera parah dalam serangan komunis di Bukit Kepong, 61 tahun lalu, yang enggan menemui Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang datang bersama rombongan ke rumahnya di Bandar Baru Uda.[8] HarakahDaily pula melaporkan bahawa Umno halang Mohd Sabu jumpa mangsa Bukit Kepong. [9]
  • 6 September : Laila Abu Bakar (56) anak kepada Koperal Marin Abu Bakar Daud yang cedera dalam peristiwa itu menganggapan ucapan itu amat mengguris perasaan ahli keluarganya dan menghina perjuangan bapanya.Waris, Siti Rokiah Abu Bakar (58) berharap Mat Sabu bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Ketua Kampung Lenga, Abdul Rahim Abbas menganggap kenyataan Mat Sabu itu menghina pasukan keselamatan negara.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa waris yang terguris agar mengemukakan saman terhadap Mat Sabu.[10],
  • 8 September :Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) menghantar surat bantahan di pejabat PAS, Jalan Raja Laut.Presiden PBPM, Shafie Bakri menyatakan Mat Sabu merendahkan dan menghina maruah pasukan.Mereka mendesak Mat Sabu meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden dan mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat.[11]
  • 8 September : Pengerusi Yayasan Aman Malaysia, Tan Sri Samsuri Arshad yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara menyeru Mat Sabu menziarahi pusara anggota polis dan sedekahkan fatihah.Sidang media itu disertai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai (Timbalan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia); bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari; bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Zulkifli Abdul Rahman dan bekas Ketua Balai Polis Pagoh, Datuk JJ Raj. Mat Sabu merupakan "rebel rouser" yang mengkagumi Ayatullah Khomeini pencetus Revolusi Iran.Maksud tersiratnya, untuk menjadi seorang hero (wira) adalah membunuh polis dengan cara besar-besaran.[12]
  • 8 September : Bekas pengawal kampung atau homeguard kaum Cina ,Tan Kim Hock (81) menyatakan Jangan mimpilah orang Melayu nak memerintah negara seperti sekarang jika komunis berkuasa.Komunis amat kejam kerana mereka tiada istilah bertolak ansur dan sesiapa yang menentang akan disembelih atau terus ditembak tanpa sebarang perbicaraan. Homeguard, Mohamed Tan Abdullah (82) pernah membunuh 15 komunis semasa bertempur dengan komunis di Kemayan, Triang dan Mengkarak.[13]
  • September : Bekas Pegawai Waran 2, Unit komando Kem Sungai Udang, Melaka, Hussin Mahbeb (62) mahu bukti fizikal dari Mat Sabu bahawa komunis adalah hero sebenar.Tumit kaki kanan beliau sendiri hancur akibat jerangkap samar yang dipasang komunis ketika menyertai Operasi Gubir di Kedah. Kaki kanan Bekas Pegawai Waran Damanhuri Husin (55) hilang akibat terkena jerangkap samar yang dipasang komunis dalam Operasi Selamat Sawedi di Bancan Teret Susu, sempadan Malaysia-Thailand pada 1976.[14]
  • 8 September : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggesa Mat Sabu berdebat dengan tokoh sejarah seperti Datuk Prof Dr. Ramlah Adam dan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman turut menjelaskan siapa sebenar Mat Indera.Sebelum ini Detikdaily melapurkan bahawa Mat Sabu mendakwa sanggup berdebat dengan sesiapa juga.[15], tetapi kemudiannya menolak berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana merasakan dirinya hanya selayak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[16]

Reaksi Mat Sabu dan pemimpin PAS sunting

  • 1 September 2011, Karpal Singh mahu Mat Sabu menarik balik kenyataan beliau. Karpal berkata bahawa Undang-undang Darurat 1948 dilaksanakan pada kemuncak pemberontakan komunis dan kesemua pasukan keselamatan berada di bawah British. Anggota polis dan Kawalan Kampung berhak menentang serangan tersebut. [17], [18].
  • Pada 10 September : Mat Sabu mahu menyaman akhbar arus perdana Utusan Malaysia sehingga bangkrap kerana memfitnah beliau.Selama 15 hari berturut-turut tanpa henti, akhbar itu menyiarkan artikel tentang Mat Sabu menyokong komunis dan mengangkat Mat Indera sebagai wira.[19] Dalam kenyatan bersama dalam akhbar Harakah pada 3 Sep 2011, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), dan Liew Chin Tong (DAP) mengeluarkan kenyataan yang menyokong kenyataan Mat Sabu.[20]
  • Pada 21 September 2011, polis menyaman Mat Sabu di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan memburukkan nama baik polis dan keluarga mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

Anak lelaki Mat Sabu, Ahmad Saiful Islam (23) mendakwa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka di Seksyen 19, Shah Alam.Namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan itu kerana polis bersifat profesional.[21]

Rujukan sunting

  1. ^ "Mat Sabu to take legal action against Utusan over report". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-02. Dicapai pada 2012-04-02.
  2. ^ 500 tahun Melayu menghadapi cabaran By Kamaruddin M. Said
  3. ^ The struggle for Malaysian independence, J. J. Raj (Dato')
  4. ^ Tidak dijajah: MPN dicabar terbit buku ilmiah[pautan mati kekal]
  5. ^ "Isu sebenar ceramah Md Sabu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-11. Dicapai pada 2011-09-09.
  6. ^ Saya tak ingat isi ceramah, kata Mat Sabu, MalaysiaKini, 28 Ogos, 11 11:50am
  7. ^ Mat Sabu pendokong komunis
  8. ^ "Enggan temu Mat Sabu, "Berita Harian", Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman dan Mohd Iskandar Ibrahim, 2011/09/06". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-06. Dicapai pada 2011-09-11.
  9. ^ Umno halang Mohd Sabu jumpa mangsa Bukit Kepong, Harakahdaily[pautan mati kekal]
  10. ^ Waris tuntut Mat Sabu minta maaf atau disaman
  11. ^ 100 ahli NGO bekas anggota keselamatan gagal serah surat bantahan
  12. ^ Mat Sabu perlu minta maaf
  13. ^ Bekas homeguard kaum Cina kecam Mat Sabu
  14. ^ Reaksi bekas komando
  15. ^ Isu Bukit Kepong: Saya sedia bincang dengan sesiapa, kata Mat Sabu Friday, September 02 @ 08:57:11 PDT by paktam[pautan mati kekal]
  16. ^ Berdebatlah dengan pakar sejarah
  17. ^ "Karpal: Mat Sabu must retract remarks, Athi Shankar | September 1, 201". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-13. Dicapai pada 2011-10-16.
  18. ^ "Karpal tells Mat Sabu to retract Bukit Kepong claim, September 01, 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2011-10-16.
  19. ^ Mohamad Sabu saman Utusan Isnin ini[pautan mati kekal]
  20. ^ [pautan mati kekal] Bashing Mat Sabu and UMNO's distortion of history, Written by Pakatan Rakyat]
  21. ^ PDRM nafi polis dalang bakar rumah Mat Sabu