Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd

Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd ditubuhkan bagi menjalankan kegiatan perniagaan yang menguntungkan di kalangan penjawat awam di Pulau Pinang,Malaysia.

Koperasi ini ditubuhkan sejak 84 tahun lalu. Ahlinya seramai 3500 orang.

Isu tanah Kampung Buah Pala sunting

Pengerusinya, Abdul Razak Mansor menyatakan aset tanah 2.6 hektar di Kampung Buah Pala ,Bukit Gelugor,Pulau Pinang akan dipertahankan. Tanah itu diperolehi secara sah .Projek pembangunan di kampung berkenaan merupakan projek sulung koperasi itu. Koperasi itu telah melantik pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan itu dan mendapat perintah mahkamah supaya penduduk kampung berkenaan mengosongkan tanah mereka sebelum 3 Ogos 2009.[1][2]

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hendak menarik balik kelulusan pelan pembangunan merupakan satu ugutan. Sebelum ini kerajaan negeri menggunakan Seksyen 116 Kanun Tanah Negara bagi menghalang pemaju daripada merobohkan perkampungan menternak lembu Kampung Buah Pala.[3]

Mahkamah Persekutuan telah memberikan hak tanah itu kepada koperasi berkenaan adalah kekal. Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan penduduk yang terdiri daripada 41 keluarga mengosongkan rumah dan sekiranya mereka enggan berpindah apabila tempohnya berakhir 2 Ogos 2009, mereka ini akan dianggap menghina keputusan mahkamah dan tindakan terpaksa diambil.Karin Lim Ai Ching selaku peguam mewakili koperasi dan pemaju menyatakan bahawa projek itu tertangguh sejak 2005. Defendan dalam kes itu ialah wakil persendirian harta pusaka David Brown dan Helen Margaret Brown, kerajaan negeri, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, kerajaan Malaysia, koperasi, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer dan Timbalan Ketua Menteri II, P.Ramasamy.[4]

Cubaan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd berkompromi dengan kerajaan negeri adalah menghina mahkamah. Tanah itu tidak boleh sewenang-wenangnya diserahkan kepada pihak lain tanpa persetujuan anggota melalui mesyuarat agong tahunan.

Sebelum ini pemaju, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd telah menghantar notis kepada penduduk setinggan itu agar mengosongkan tanah tersebut. Pengarah Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd Thomas Chan cuba berunding dengan Ketua Menteri Pulau Pinang. Pemaju tidak bercadang untuk membayar sejumlah wang sebagai pampasan lagi dan hanya akan membayar saguhati melalui kerajaan negeri kepada penduduk-penduduk tersebut. Syarikat kerugian RM6 juta setahun apabila projek yang sepatutnya bermula pada awal tahun 2008, ditangguhkan.Sebanyak 10 rumah telah menerima pampasan yang diberikan kepada mereka dan kini tinggal 22 buah rumah yang masih degil.[5]

Koperasi itu tidak berminat dengan langkah Ketua Pemuda MIC T.Mohan dan Samy Vellu untuk mengambil balik tanah itu dan membayar premium RM3.2 juta kepada kerajaan negeri. [6] MIC dikatakan sanggup membayar sejumah premium yang sama dibayar Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sebanyak RM3.2 juta bagi memiliki tanah tersebut.[7]

Rujukan sunting