KBO League (bahasa Melayu: Liga KBO; HangulKBO 리그), secara rasminya Shinhan Bank SOL KBO League, ialah liga tertinggi besbol di Korea Selatan. KBO League telah ditubuhkan pada tahun 1982 yang terdiri daripada enam pasukan dan merupakan liga bagi sukan paling popular di Korea Selatan[1] Pasukan Kia Tigers merupakan pasukan paling cemerlang apabila meraih sebelas kejuaraan daripada 40 penampilan.

KBO League
Musim ini, persaingan atau edisi:
Current sports event KBO League musim 2023
Fail:KBO League.svg
SukanBesbol
Ditubuhkan1982; 42 tahun yang lalu (1982)
PengasasKBO
Bil. pasukan10
NegaraKorea Selatan
Juara laluSSG Landers (gelaran ke-5)
Juara terbanyakKia Tigers (11 gelaran)
Rakan kongsi TVKorea
KBS
MBC
SBS
SPOTV
Luar Korea
TSN (Kanada)
ESPN
Fox Sports (Asia-Pacific)
Laman web rasmiKoreaBaseball.com

Sebagai perbandingan dengan Major League Baseball, ESPN melaporkan bahawa gaya permainan KBO "berada di antara Double-A dan Triple-A, secara purata, walaupun pemain-pemain terbaiknya memiliki kualiti-MLB berbanding liga tipikal Double-A."[2] Secara tradisinya, KBO dikenali dengan semangat kumpulan peminatnya,[3][4] serta perbuatan membalikkan kayu pemukul (ppa-dun (Korea: 빠던),[5][6] selepas mereka dapat memukul bola dengan menurut mereka, ia adalah pukulan home run.[5][6] Di KBO, tradisi tersebut telah dikesan sejak era 1990-an lagi.[6]

Struktur liga sunting

Aksi musim sunting

Sejak musim 2015, setiap pasukan akan beraksi sebanyak 144 perlawanan dalam kempen musim berbanding penetapan lama sebanyak 128 perlawanan setelah kemasukan pasukan KT Wiz untuk terlibat sebagai pasukan liga. Setiap pasukan akan berentap antara satu sama lain sebanyak 16 kali.[7][8] Secara amnya, pasukan-pasukan besbol di Korea akan mempunyai enam perlawanan setiap minggu dan hari Isnin akan menjadi hari rehat.

Perlawanan All-Star KBO sunting

Pada pertengahan bulan Julai setiap musim, pemain-pemain terbaik akan mengambil bahagian di Perlawanan All-Star KBO. Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada dua set iaitu "Dream All-Stars" (Doosan, KT, Lotte, Samsung dan SSG) dan "Nanum All-Stars" (Kia, Hanwha, LG, NC dan Kiwoom).

Post-season sunting

KBO League mencapai kemuncaknya di siri kejuaraan yang dikenali sebagai KBO Korean Series. Lima pasukan terbaik akan layak ke post-season berdasarkan rekod menang-kalah. Pasukan layak terendah akan berentap di sistem playoff berperingkat yang bermula dengan setiap pemenang akan berhadapan dengan pasukan seterusnya tertinggi sehingga ia memuncak di Korean Series menentang pasukan teratas.[9]

  • KBO Wild Card Game: pasukan tempat kelima vs. pasukan tempat keempat
Pasukan tempat keempat memulakan siri dengan kelebihan 1-0 dan mara dengan satu menang atau seri manakala pasukan tempat kelima mesti menang untuk layak.
  • KBO Semi-playoff: Pemenang KBO Wild Card Game vs. pasukan tempat ketiga
Lima siri terbaik.
  • KBO Playoffs: Pemenang KBO Semi-playoff vs. pasukan tempat kedua
Lima siri terbaik.
  • KBO Korean Series: Pemenang KBO Playoff vs. pasukan tempat pertama
Tujuh siri terbaik.

Kesemua perlawanan playoff yang berakhir dengan seri akan berulang. Oleh sebab itu, terdapat kemungkinan untuk mengadakan lebih perlawanan kepada lima atau tujuh perlawanan.

Pemain KBO di Jepun dan A.S. sunting

Terdapat beberapa pemain KBO yang menempuh karier cemerlang di Nippon Professional Baseball (NPB) di Jepun. Baek In-chun beraksi secara profesional di Jepun dari tahun 1963 sehingga 1981 dengan menghasilkan 209 pukulan home run, 776 RBI dan 1,831 pukulan di NPB. (Beliau kembali ke Korea buat tiga musim terakhirnya sebagai pemain). Lee Seung-yuop yang memegang rekod KBO sebagai home run karier terbanyak, larian terbanyak, RBI, jumlah tapak diperoleh, peratus slugging dan OPS telah beraksi selama lapan musim di NPB dengan menghasilkan 159 home run lagi dan 439 RBI. Pemain KBO lain yang meraih karier yang bersinar di NPB termasuklah Kim Tae-kyun dan Lee Dae-ho. Pitcher Korea pula yang menghasilkan impak di NPB termasuklah Sun Dong-yol, Lim Chang-yong dan Oh Seung-hwan.

Di Major League Baseball pula, beberapa pemain Korea telah berjaya mencipta nama di sana yang bermula pada tahun 1994 oleh pitcher Chan Ho Park. (Sebelum Park, pitcher Mexico kelahiran Korea Selatan Ernesto Carlos [lahir sebagai Lee Won-Kuk] telah menandatangani kontrak minor league Amerika bersama pasukan San Francisco Giants pada 1968 setelah menempuh karier cemerlang di NPB.[perlu rujukan] Dalam hal yang sam, pitcher Park Chul-soon telah mengikat kontrak minor league bersama pasukan Milwaukee Brewers pada 1980.[perlu rujukan] Kedua-dua Ernesto Carlos atau Park Chul-soon tidak beraksi di tahap Major League). Pemain kelahiran Korea lain yang melakar karier panjang di MLB termasuklah outfielder Shin-Soo Choo dan pitcher Byung-hyun Kim. Pada tahun 2013, ace Hanwha Eagles Hyun-jin Ryu menjadi pemain pertama dari KBO yang menyertai pasukan MLB melalui posting system. Secara keseluruhannya, terdapat 23 orang pemain Korea Selatan yang telah berhijrah ke MLB setakat tahun 2020.[10]

Pasukan sunting

Pasukan Bandar Stadium Kapasiti Penubuhan Penyertaan
Doosan Bears Seoul Stadium Besbol Jamsil 25,000 1982
Hanwha Eagles Daejeon Hanwha Life Eagles Park 13,000 1985 1986
Kia Tigers Gwangju Gwangju-Kia Champions Field 20,500 1982
Kiwoom Heroes Seoul Gocheok Sky Dome 16,744 2008
KT Wiz Suwon Suwon kt wiz Park 20,000 2013 2015
LG Twins Seoul Stadium Besbol Jamsil 25,000 1982
Lotte Giants Busan Stadium Besbol Sajik Busan 24,500 1975 1982
NC Dinos Changwon Changwon NC Park 22,112 2011 2013
Samsung Lions Daegu Daegu Samsung Lions Park 24,000 1982
SSG Landers Incheon Incheon SSG Landers Field 23,000 2000
Bekas pasukan
Pasukan Bandar Stadium Penubuhan Penyertaan Pengunduran
Hyundai Unicorns Suwon Stadium Besbol Suwon 1982 2008
Ssangbangwool Raiders Jeonju Jeonju Baseball Stadium 1990 1991 1999

Stadium besbol sunting

Doosan Bears LG Twins Hanwha Eagles Kia Tigers Kiwoom Heroes
Stadium Besbol Jamsil Hanwha Life Eagles Park Gwangju-Kia Champions Field Gocheok Sky Dome
Kapasiti: 25,000 Kapasiti: 13,000 Kapasiti: 20,500 Kapasiti: 16,744
       
KT Wiz Lotte Giants NC Dinos Samsung Lions SSG Landers
Suwon kt wiz Park Stadium Besbol Sajik Busan Changwon NC Park Daegu Samsung Lions Park Incheon SSG Landers Field
Kapasiti: 20,000 Kapasiti: 24,500 Kapasiti: 22,112 Kapasiti: 24,000 Kapasiti: 23,000
         

Tambahan lagi, pasukan Lotte Giants akan beraksi sesetengah perlawanan di Ulsan Munsu Baseball Stadium, pasukan Samsung Lions di Pohang Baseball Stadium dan pasukan Hanwha Eagles di Cheongju Baseball Stadium.

Anugerah sunting

Catatan sunting

  1. ^ [2017 결산] 프로야구, 역대 최다 840만 관중..국민스포츠 공고 (dalam bahasa Korea). star.mt.co.kr. December 21, 2017. Dicapai pada February 12, 2017.
  2. ^ Szymborski, Dan. "How good would Mike Trout be in the KBO? We have the numbers," ESPN (May 13, 2020).
  3. ^ Kim Young-jin (3 July 2013). "The 'mercenaries'". The Korea Times. Seoul. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2015. Dicapai pada 21 November 2015.
  4. ^ Roscher, Liz. "A KBO primer: Here's what you need to know to enjoy the return of baseball in South Korea," Yahoo! Sports (May 1, 2020).
  5. ^ a b Keh, Andrew (September 2, 2015). "Bat flipping draws shrugs in South Korea but scorn in America". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada November 1, 2015. Dicapai pada November 11, 2015.
  6. ^ a b c Kimes, Mina (October 4, 2016). "The Art of Letting Go: The great Korean bat flip mystery". ESPN.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
  7. ^ Korea Baseball Organization (2015). 2015 달라지는 점 Diarkibkan 2015-04-05 di Wayback Machine (Korean). Accessed on April 14, 2015.
  8. ^ name=Reuter
  9. ^ name=Reuter
  10. ^ "MLB players by birthplace: South Korea". baseball-reference.com. Dicapai pada 2020-06-10.

Pautan luar sunting