Bandar KotaSAS (dari nama Kota Sultan Ahmad Shah) ialah sebuah perbandaran terancang di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 kilometer arah barat laut bandar Kuantan. Ia bakal menempatkan pusat pentadbiran negeri yang baharu, pusat komersil dan kediaman serta menjadi bandar baharu moden berorientasikan hab pengangkutan dan komersial.[1]

KotaSAS
Bandar baru
NegaraMalaysia
NegeriPahang
DaerahKuantan

Pembangunan bandar ini telah dimulakan sejak 2010, dan dijangka siap sepenuhnya pada 2035.[1] Pusat pentadbiran baharu yang diberi nama Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah telah dirasmikan pada 7 Disember 2023.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Albab, Ahmad (2017-06-20). "KotaSAS Bakal Jadi Pusat Ekonomi Baharu Pahang". MYNEWSHUB (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-28.
  2. ^ ZULKIFLI, NORHAFIZAN (2023-12-07). "Agong rasmi Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-28.