Kruiser Jerman Deutschland

penjajap

Deutschland adalah kapal sulung dari kelas kruiser beratnya (sering disebut kapal tempur poket) yang berkhidmat dengan Kriegsmarine Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Ditempah oleh kerajaan Weimar untuk Reichsmarine, ia telah mula dibina di limbungan Deutsche Werke, Kiel pada Februari 1929 dan siap pada April 1933. Pada asalnya diklasifikasikan sebagai kapal berperisai (Panzerschiff) oleh Reichsmarine, pada Februari 1940 pihak Jerman mengklasifikasi semula dua kapal kelas ini sebagai kruiser berat.[a] Pada tahun 1940, ia dinamakan semula Lützow, selepas kruiser berat Lützow kelas-Admiral Hipper dijual kepada Soviet Union.

Deutschland pada 1935.
Sejarah
Jerman Nazi
Nama: Deutschland
Pembina: Deutsche Werke, Kiel
Dibaringkan: 5 Februari 1929
Dilancarkan: 19 Mei 1931
Ditauliah: 1 April 1933
Dinamakan semula: Januari 1940, Lützow
Takdir: Tenggelam sebagai sasaran 22 Julai 1947
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kruiser kelas-Deutschland
Sesaran:
  • Reka bentuk: 12,630 t (12,430 long ton; 13,920 short ton)
  • Muatan penuh: 14,290 long ton (14,520 t)
Panjang: 186 m (610 ka 3 in)
Lunas: 21.69 m (71 ka 2 in)
Draft: 7.25 m (23 ka 9 in)
Jana kuasa:
Halaju: 28 knot (52 km/j; 32 mph)
Jarak: 10,000 batu nautika (19,000 km; 12,000 bt) at 20 knot (37 km/j; 23 mph)
Anak kapal:
  • Di bina:
    • 33 pegawai
    • 586 lain-lain pangkat
  • Selepas 1935:
    • 30 pegawai
    • 921–1,040 lain-lain pangkat
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • 1940:
    • FMG 39 G(gO)
  • 1941:
    • FMG 39 G(gO)
    • FuMO 26
Persenjataan:
Perisai:
  • turet utama: 140 mm (5.5 in)
  • belt: 80 mm (3.1 in)
  • dek: 45 mm (1.8 in)
Pesawat yang dibawa: Dua pesawat laut Arado Ar 196
Kemudahan penerbangan: Satu katapel

Kapal ini menyaksikan pertempuran penting bersama Kriegsmarine, termasuk beberapa rondaan bukan-intervensi dalam Perang Saudara Sepanyol, dimana ia telah diserang oleh pesawat pengobom Republikan. Pada permulaan Perang Dunia II, ia melayari Atlantik Utara, bersedia untuk menyerang lalu lintas pedagang pihak Bersekutu. Cuaca buruk menghalang usahanya, dan ia hanya menenggelamkan atau menawan sebilangan kecil kapal sebelum kembali ke Jerman. Ia kemudian terlibat dalam Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan ke atas Norway. Mengalami kerosakan dalam Pertempuran Drøbak Sound, ia telah dipanggil semula ke Jerman untuk diperbaiki. Semasa dalam perjalanan, ia telah ditorpedo dan dirosakkan teruk oleh kapal selam British.

Pembaikian selesai pada Mac 1941, Lützow kembali ke Norway untuk menyertai pasukan gabungan menentang kapal-kapal Bersekutu ke Soviet Union. Ia terkandas semasa serangan yang dirancang terhadap konvoi PQ 17, yang memerlukan ia kembali ke Jerman untuk pembaikan. Kemudian ia menyaksikan pertarungan di Pertempuran Laut Barents bersama kruiser berat Admiral Hipper, yang berakhir dengan kegagalan untuk memusnahkan konvoi JW 51B. Masalah enjin memaksa satu siri pembaikan yang memuncak dalam membaik pulih sepenuhnya pada penghujung tahun 1943, selepas mana kapal ini kekal di Baltik. Tenggelam dalam perairan cetek di Kaiserfahrt pada April 1945 oleh pesawat pengebom Tentera Udara Diraja (RAF), Lützow telah digunakan sebagai pasukan meriam untuk membantu tentera Jerman melawan Tentera Darat Soviet sehingga 4 Mei 1945, apabila ia dirosakkan oleh anak kapalnya. Ditimbulkan oleh Tentera Darat Soviet pada tahun 1947, ia akhirnya tenggelam sebagai satu sasaran di Baltik.

Deutschland, sebelum perang meletus

Nota kaki sunting

Nota sunting

  1. ^ The third ship, Admiral Graf Spee, had been scuttled following the Battle of the River Plate. See Gardiner & Chesneau, halaman 220.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "radar" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Petikan sunting

Rujukan sunting

  • Bidlingmaier, Gerhard (1971). "KM Admiral Graf Spee". Warship Profile 4. Windsor, England: Profile Publications. m/s. 73–96. OCLC 20229321.
  • Barker, Ralph (2009). Ship-Busters: British Torpedo-Bombers in WWII. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books. ISBN 978-0-8117-0644-5.
  • Creswell, John (1967). Sea Warfare, 1939–1945. Berkeley: University of California Press. ISBN 978-0-521-08056-9.
  • Dörr, Manfred (1996). Die Ritterkreuzträger der Überwasserstreitkräfte der Kriegsmarine—Band 2:L–Z (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio Verlag. ISBN 978-3-7648-2497-6.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Gardiner, Robert; Chesneau, Roger, penyunting (1980). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-913-9.
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-790-6.
  • Haar, Geir H. (2009). The German invasion of Norway – April 1940. Barnsley: Seaforth Publishing. ISBN 978-1-84832-032-1.
  • Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert; Steinmetz, Hans-Otto (1993). Die Deutschen Kriegsschiffe. 2. Ratingen: Mundus Verlag. ISBN 978-3-8364-9743-5.
  • Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert; Steinmetz, Hans-Otto (1993). Die Deutschen Kriegsschiffe. 6. Ratingen: Mundus Verlag. ISBN 978-3-8364-9743-5.
  • Jackson, Robert, penyunting (2001). Kriegsmarine: The Illustrated History of the German Navy in WWII. Osceola, WI: MBI Publishing Company. ISBN 978-0-7603-1026-7.
  • Lunde, Henrik O. (2010). Hitler's Pre-Emptive War: The Battle for Norway, 1940. Havertown, PA: Casemate Publishers. ISBN 978-1-935149-33-0.
  • Miller, Nathan (1997). War at Sea: A Naval History of World War II. New York, NY: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-511038-8.
  • Murphy, David E. (2006). What Stalin Knew: The Enigma of Barbarossa. New Haven, CT: Yale University Press. ISBN 978-0-300-11981-7.
  • Pope, Dudley (2005). 73 North: The Battle of the Barents Sea. Ithaca, NY: McBooks Press. ISBN 978-1-59013-102-2.
  • Prager, Hans Georg (2002). Panzerschiff Deutschland, Schwerer Kreuzer Lützow : ein Schiffs-Schicksal vor den Hintergründen seiner Zeit [Armored Ship Deutschland, Heavy Cruiser Lützow: a ship's fate before the backgrounds of its time] (dalam bahasa German). Hamburg: Koehler. ISBN 978-3-7822-0798-0.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: US Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-119-8.
  • Whitley, M. J. (1998). Battleships of World War II. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-55750-184-4.
  • Williamson, Gordon (2003). German Pocket Battleships 1939–1945. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84176-501-3.
  • Deutschland Wehrmacht Oberkommando (1985). Die Wehrmachtberichte 1939–1945 Band 1, 1. September 1939 bis 31. Dezember 1941 (dalam bahasa German). München: Deutscher Taschenbuch Verlag GmbH & Co. KG. ISBN 978-3-423-05944-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Deutschland Wehrmacht Oberkommando (1985). Die Wehrmachtberichte 1939–1945 Band 3, 1. Januar 1944 bis 9. Mai 1945 (dalam bahasa German). München: Deutscher Taschenbuch Verlag GmbH & Co. KG. ISBN 978-3-423-05944-2.CS1 maint: unrecognized language (link)