"Ku Ada Kamu" pertama kali dinyanyikan oleh Adira di konsert akhir Akademi Fantasia Musim 8 dengan persembahan yang sangat menakjubkan. Rakaman studio lagu ini telah dirakam sejak Siti Adira Suhaimi masih berada dalam akademi fantasia 8 lagi. Sejurus akademi fantasia musim 8 berakhir, Astro Entertainment (AESB) dengan kerjasama KRU Studio telah melancarkan album AF8 Hits pada 26 Mei 2010 yang mengandungi lagu Ku Ada Kamu dan lagu2 lain bintang AF8.

"Ku Ada Kamu"
Single oleh Adira
daripada album AF8 Hits
Dilancarkan pada22 Mei 2010
Dirakamkan pada2010
Formatsingle promo, Airplay
Genrebalada
Panjang3:48
SyarikatAstro Entertainment
PenulisEdry Abdul Halim
PenerbitEdry Abdul Halim
Kronologi single Adira
"-" "Ku Ada Kamu" ""Ilusi"
(2010)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cetusan Idea sunting

Menurut komposer lagu ini, iaitu Edry Abdul Halim pada peringkat awal memilih single baru untuk peserta AF8, beliau berbincang dengan Astro dalam menentukan genre lagu sesuai untuk bintang-bintang AF8. Seperti Adira, dia sesuai dengan konsep diva pop seperti mana penyanyi antarabangsa, Whitney Houston, Mariah Carey dan Diana Ross. [1] "Masa saya nak berikan lagu ini untuk Adira pun, saya telah bayangkan Adira sesuai dengan konsep lagu-lagu diva.Penyanyi Malaysia yang mempunyai konsep lagu seperti Adira ialah Adibah Noor dan Jaclyn Victor," jelas Edry Abdul Halim. [2]

Am sunting

Lagu ini bertemakan motivasi. Tentang seseorang sama ada kekasih, ibu bapa, rakan, guru, adik-beradik yang sentiasa memberi kebahagiaan, membimbing dikala kita memerlukan bimbingan, menghiburkan ketika kita dalam kesedihan, memberi semangat untuk bangun semula ketika kita sedang jatuh, menghadapi susah dan senang bersama-sama, sehingga rasa gemuruh dan takut terkikis dengan dorongan cinta seseorang itu. Ia merujuk tentang cinta yang umum.

Anugerah sunting

Pada Disember 2010, lagu ini layak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 2010 bersama-sama 13 lagu yang lain.

Kedudukan carta sunting

Carta (2010) Kedudukan
tertinggi
Carta Era 5
Carta Hot FM 30 1
Carta Muzik FM 2
Carta Suria FM 1
Carta Muzik Muzik 1

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.hmetro.com.my/articles/INTERAKSI_Biarhasilseniitusendiribersuara/Article/
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-22. Dicapai pada 2010-12-14.