Ku Seru

merupakan sebuah lagu pop yang diterbitkan oleh penerbit terkenal Malaysia

Ku Seru (Inggeris: "By Expletive") merupakan sebuah lagu pop yang diterbitkan oleh penerbit terkenal Malaysia, Roslan Aziz pada tahun 2005 sebagai lagu tema filem seram Pontianak Harum Sundal Malam II. Lagu ini dicipta Ajai dan pengarah filem Shuhaimi Baba dan dinyanyikan penyanyi terkenal Misha Omar.

"Ku Seru"
Single oleh Misha Omar
daripada album
OST Pontianak Harum Sundal Malam II
Misha Omar
Dilancarkan pada5 Oktober 2005
FormatCD
GenreBalada
Panjang4:25 minit
SyarikatBMG Music Malaysia
PenulisAjai & Shuhaimi Baba
PenerbitRoslan Aziz
Kronologi single Misha Omar
""Riwayat Cinta"
(2005)"
"Ku Seru" ""Tak Ku Duga"
(2006)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu ini dimuatkan dalam album ketiga Misha Omar yang diterbitkan pada tahun 2008 berjudul Misha Omar. Lagu ini tidak dikira sebagai single pertama petikan album tersebut, sebaliknya dimuatkan dalam OST filem tersebut.

Rakaman sunting

Lagu dirakam khusus untuk album runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam 2 yang dikeluarkan pada 12 Oktober 2005. Diterbitkan oleh Roslan Aziz, lagu ini dimuatkan dalam bahagian penutup filem tersebut dimana ia memaparkan watak Maria menziarahi kuburan Meriam dan dikembalikan harta-harta berharga milik Meriam yang dirampas oleh Marsani. Runut lagu ini digunakan sepanjang filem terutama babak seorang bayi dilarikan pontianak serta kontfrantasi antara Meriam dan Maria. Maka lagu ini cipta khusus untuk membayangkan perasaan kedua-dua watak ini. Misha menjadi penyanyi pertama seumpamanya yang merakam sebuah lagu yang memerlukan penyanyinya menjiwai dua watak (seperti berduet dengan diri sendiri).

Bait-bait lirik lagu ini menggambarkan perasaan Meriam yang tidak rela menganggu gugat kehidupan Maria, dan Maria pula mengharapkan Meriam kembali ke dunia asalnya. Ia seolah-olah memaparkan begitu besarnya cinta seorang ibu terhadap anaknya. Ketika rakaman lagu ini Misha dilaporkan menangis kerana terlalu menghayati kedua-dua watak ini. Ia disifatkan sebagai sebuah lagu yang sukar untuk dirakam apalagi untuk dibawa secara langsung. Penerbit terkenal Ramli M.S. pernah mengatakan Misha sewajarnya memenangi persembahan vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 21 sekiranya penyanyi ini menyanyikan dengan emosi yang lebih cukup. Pun begitu, persembahan Misha untuk lagu ini masih belum boleh digugat mana-mana artis.

Tenaga Produksi sunting

Lagu: Ajai
Lirik: Shuhaimi Baba
Hakcipta Lagu & Lirik: BMG Music & Warner Chappell
Penerbit Eksekutif: Roslan Aziz
Penerbit: Ajai
Susunan Muzik: Eddie Slam
Jururakam: Mat
Juruadun: Roslan Aziz
Gitar: Aznan Alias
Bass: Kelly
Dram: Ujang
Keyboards: Eddy Slam
Programming: Firdaus
Susunan Strings: Eddie Marzuki
Studio Rakaman: Wake The Baby


Pencapaian sunting

Menang

  • Lagu Terbaik Tempat Kedua - Pertandingan Akhir Hits 1 Musim ke-3 RTM
  • Lagu Tema Asal Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 19

Pencalonan

Persembahan sunting

Tahun Acara Siaran/Nota
2006 Anugerah Seri Angkasa RTM1
2007 Anugerah Juara Lagu Ke 21 TV3
2008 Konsert Amal Kasih Jamal Abdillah & Salem bersama Orkestra Simfoni Kasih pimpinan S. Atan
2011 Konsert Reunion Akademi Fantasi Astro, persembahan oleh Adira & Emma Suhaimi
2017 Fantastik 4 Hot FM
2018 I Can See Your Voice TV3
2020 Gegarvaganza 7 Astro RIA, persembahan oleh Rozita Izlynn
2021 Konsert Misha Omar bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan bersama orkestra pimpinan Nasran Nawi, gubahan Ramli M.S

Ku Seru (bersama Orkestra Simfoni Kasih) sunting

"Ku Seru (Live bersama Orkestra Simfoni Kasih)"
Single oleh Misha Omar
daripada album
Konsert Amal Kasih Bersama Jamal Abdillah & Saleem
Dilancarkan pada2008
FormatCD, VCD, DVD
GenreBalada, Orkestra
Panjang4:30 minit
SyarikatSony Music Malaysia, Warner Music Malaysia
PenulisAjai dan Shuhaimi Baba
PenerbitSK Cheah & Hermond Cheng
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Ku Seru diterbitkan semula dalam bentuk persembahan 'live' daripada penampilan Misha di Konsert Amal Kasih Bersama Jamal Abdillah & Saleem dengan iringan orkestra pimpinan Seniman S. Atan [1].