Ku T'lah Jatuh Cinta

Ku T'lah Jatuh Cinta adalah sebuah sinetron remaja Indonesia yang disiarkan pada 2004. Drama ini dibintangi oleh Agnes Monica, Zumi Zola, Irwansyah, Lydia Kharismawati dan ramai lagi. Judul sinetron ini diambil dari judul lagu yang juga dinyanyikan semula oleh Agnes Monica dengan versi rakaman baru.

Ku T'lah Jatuh Cinta
GenreCinta
Konflik
Keluarga
Dibintangi oleh
Agnes Monica
Zumi Zola
Irwansyah
Lydia Kharismawati
Ranti Purnamasari
Ryan Delon
Ricky Hermawan
Sheila Marcia
Lagu pembukaan"Ku T'lah Jatuh Cinta" nyanyian Agnes Monica
Lagu penutup"Ku T'lah Jatuh Cinta" nyanyian Agnes Monica
Negara asal Indonesia
BahasaIndonesia
Penerbitan
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Soraya Intercine Films

Sinopsis sunting

Sinetron ini mengisahkan tentang permasalahan yang sering di hadapi remaja sekarang berkisar tentang percintaan dan kekeluargaan. Perasaan hasad dengki yang terlampau di kalangan segelintir remaja membuatkan kehidupan menjadi kucar-kacir.

Kisah remaja perempuan yang bernama Riby, telah jatuh cinta dengan seorang remaja lelaki yang bersekolah di sebelah sekolahnya, bernama Radit. Sedangkan pada masa yang sama Riby telah pun mempunyai teman lelaki iaitu Zacky yang telah berpindah ke New York bersama keluarganya.

Radit pula diminati oleh seorang lagi remaja perempuan iaitu Gina. Bermacam-macam perkara yang dilakukan Gina untuk mendapatkan cinta Radit. Namun, perasaan Radit hanya untuk Riby seorang sahaja.

Sedang cinta antara Riby dan Radit mula memekar, Zacky telah pulang kembali ke Indonesia dengan membawa sepupunya iaitu Mila. Zacky kecewa bila mendapat tahu yang Riby telah curang terhadapnya. Dalam pada masa yang sama, Mila pula menaruh hati pada Radit.

Bermacam-macam cara yang dilakukan Zacky untuk mendapatkan Riby semula. Termasuklah bersekongkol dengan Gina mengenakan Riby dan Radit.

Namun, segala tipu muslihat Gina hanya berjaya sekerat jalan sahaja. Ini kerana Riby dan Radit sudah tahu dengan helah-helah Gina. Mereka mendapat pertolongan dari adik Gina iaitu Linda dan abang Riby iaitu Nino.

Setelah semua helahnya tidak menjaya, Gina mengajak Zacky bertemu dukun pula. Yang akhirnya, terkena pada Gina sendiri.

Dan di saat Zacky mula menyerah kalah dan mengaku semua perbuatannya kepada Riby dan Radit, Gina mengancam untuk bunuh diri dengan terjun dari bangunan sekolah. Gina memaksa Radit mengaku cintakan dirinya. Radit terpaksa mengaku untuk menyelamatkan Gina.

Dengan tidak disangka, akibat terlalu gembira dengan pengakuan Radit itu, Gina dengan tidak sengaja telah terjatuh dari atas bangunan itu. Di akhir cerita, Gina telah meninggal dunia setelah sempat meminta maaf kepada Riby, Radit dan Linda atas perbuatan kejamnya.

Pelakon sunting

Watak utama
Watak sokongan

Rujukan sunting